suria

Naza World Sumbang Makanan, Barangan Kepada Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR: Naza World telah menyumbangkan makanan dan bekalan bernilai RM400,000 kepada 1,500 keluarga di Pahang dan Kelantan dalam pusingan pertama misi bantuan banjir mereka.

Inisiatif yang dimulakan pada Rabu, telah dijalankan oleh unit tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut, Naza World Cares.

Ketua Naza World Cares, Ananthan M.Raman, berkata 50 kakitangan yang menjadi sukarelawan dalam 12 kenderaan telah dihantar ke Kuantan dan Kuala krai bagi mengedarkan barang-barang keperluan.

"Ini akan menjadi usaha berterusan dan kami sedang merancang perjalanan kedua untuk menyediakan tanaga kerja bagi urusan pembersihan, pembinaan semula rumah dan infrastruktur yang rosak oleh banjir.

"Di Naza, kami sangat yakin untuk memberi semula kepada masyarakat. Tidak ada sebab untuk kami duduk bersantai sedangkan kami mempunyai kemampuan untuk melakukan perubahan," katanya dalam satu kenyataan.

Naza World turut terlibat dalam misi bantuan banjir di Kuala Lipis dan Cameron Highlands dalam 2014.

Naza World

Artikel Berikut

Artikel Lain