suria

UMW Sumbang RM938,000 Kepada Mangsa Banjir

SHAH ALAM: UMW Corporation Sdn Bhd menyumbang RM938,000 terhadap usaha membantu mangsa banjir di negeri terjejas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Datuk Syed Hisham Syed Wazir berkata sumbangan itu disalurkan kepada Tabung Bantuan Banjir MERCY Malaysia untuk memberi bantuan pasca banjir, termasuk membersihkan bandar Kota Baharu.

"UMW, melalui sukarelawannya di bawah program UMW Community Champions, akan berganding bahu dengan MERCY Malaysia di Kota Baharu dalam operasi membersihkan bandar itu hingga Ahad ini," katanya setelah melepaskan 10 kenderaan pacuan empat roda membawa 30 sukarelawan UMW ke Kota Baharu di sini hari ini bagi melaksanakan misi kemanusiaan di bandar itu.

Beliau berkata warga UMW pula menderma lebih kurang tiga tan beras, makanan dalam tin, biskut, lampin dan barang keperluan lain untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan. 


Banjir, UMW

Artikel Lain