Samsung Malaysia Jangka Segmen Mudah Alih Dengan Iot Jadi Peneraju Pada 2017

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Segmen mudah alih akan menjadi peneraju apabila 'Internet-of-Things' (IoT) mula dilaksanakan menjelang 2017, kata Pengurus Produk Bahagian Mudah Alih Samsung Malaysia Electonics Sdn Bhd Au Kuan Yew.

Pada Rabu, Samsung Electonics Co Ltd (Samsung Global) mengumumkan semua perantinya akan dilengkapi sistem IoT dan syarikat akan melabur lebih U$100 juta (U$1=RM3.5705) bagi komuniti pemajunya tahun ini.

"Kami mengalu-alukan pengumuman itu dan saya yakin Malaysia akan menerima lebih banyak pelaburan dengan apa sahaja angka yang disebut pemimpin kami," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran model Samsung Galaxy A5 dan A3, Khamis.

Beliau berkata, Samsung Global menyedari dan mengiktiraf sumbangan Malaysia kepada kumpulan itu.

Menerusi kemudahan IoT, data boleh dipindahkan melalui rangkaian tanpa memerlukan interaksi sesama manusia atau antara manusia dengan komputer.

Mengenai Samsung A5 dan A3, Au berkata peranti yang baru dilancarkan itu disasarkan kepada segmen golongan muda.

"Ciri seperti mod selfie yang luas, reka bentuk yang bergaya dan anggun dengan fungsi yang lebih maju untuk memaksimumkan pengalaman menerusi rangkaian sosial akan menarik golongan sasaran," katanya sambil menambah model A7 dijangka dikeluarkan pada Februari.

Model A3 dan A5 masing-masing pada harga RM899 dan RM1,199 boleh didapati dengan empat warna iaitu Putih Mutiara, Hitam, Perak Platinum dan Kuning Keemasan.

Tags / Kata Kunci: Samsung , Iot , Au Kuan Yew

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan