suria

Banjir: Mara Laksana Penjadualan Semula Bayaran Pinjaman Perniagaan

PETALING JAYA: Lebih 11,000 usahawan yang mendapat pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di negeri Pantai Timur yang terbabit banjir diberi kelonggaran untuk membayar pinjaman perniagaan masing-masing.

Penjadualan semula bayaran itu akan dilaksanakan berdasarkan nilai kemanusiaan yang ditanggung usahawan berkenaan akibat bencana itu.

Langkah ini diharap dapat meringankan beban usahawan yang menanggung kerugian akibat banjir.

Berdasarkan rekod, jumlah usahawan yang mendapat pembiayaan Mara adalah seramai 4,530 di Kelantan, diikuti 3,760 (Pahang) dan seramai 3,170 di Terengganu.

Selain itu, Mara juga bersedia mempertimbangkan pengecualian atau memberi diskaun sewaan kepada penyewanya di 71 lot premis yang terlibat bencana alam itu, tertakluk kepada tahap kerugian yang dialami.

Mara, banjir, penjadualan semula, pinjaman

Artikel Sebelum

Artikel Lain