Promosi Akaun Simpanan Bank Muamalat Dapat Sambutan Hebat

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Promosi akaun simpanan baharu Bank Muamalat, 'Kempen Akaun Simpanan Oh Yeah 2!' mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Kempen yang dilancarkan pada Jun tahun lepas, bertujuan untuk menggalakkan pemegang akaun memastikan akaun simpanan mereka aktif.

Pengurus cawangan Bank Muamalat Labuan, Ross Haridas berkata, kempen itu juga menawarkan peluang pemegang akaun memenangi hadiah.

"Bank mempelawa orang ramai membuka akaun simpanan Oh Yeah 2! dengan bank bagi melayakkan cabutan bertuah bulanan dan utama dengan deposit minimum  RM1,000 dikekalkan," katanya kepada Bernama selepas sesi hari bertemu pelanggan, Khamis.

Hadiah utama bagi peraduan mulai November 2014 hingga Mei 2015 itu berjumlah RM2 juta.

Hadiah bulanan (mulai Jun 2014- Mei 2015) menawarkan RM50,000 bagi hadiah pertama, RM25,000 (hadiah kedua) dan RM15,000 bagi pemenang ketiga.

"Pelanggan dengan baki minimum RM5,000 dalam akaunnya, layak untuk lima penyertaan. Semakin tinggi deposit, semakin bertambah peluang untuk menang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bank Muamalat , Oh Yeah , Ross Haridas

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan