Qantas Syarikat Penerbangan Paling Selamat Dunia 2015

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 6:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Qantas sekali lagi menduduki tempat teratas dalam senarai 10 syarikat penerbangan dan syarikat penerbangan tambang murah dengan rekod keselamatan yang baik bagi tahun 2015 daripada 449 syarikat penerbangan yang dipantau AirlineRatings.com.

Dalam sejarah 94 tahun penerbangannya, Qantas mengumpulkan rekod banyak rekod ulung yang luar biasa daripada segi keselamatan dan ia kini dianggap sebagai syarikat penerbangan paling berpengalaman di dunia.

Sistem penarafan keselamatan ini mengambil kira audit yang berkaitan daripada badan pentadbiran penerbangan dan persatuan-persatuan utama selain  audit kerajaan dan rekod kemalangan penerbangan, kata AirlineRatings.com, sebuah laman web yang menaraf keselamatan dan produk dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu di Perth, Australia.

Senarai selebihnya bagi 10 syarikat penerbangan paling selamat mengikut turutan abjad adalah: Air New Zealand, Cathay Pacific Airways, British Airways, Emirates, Etihad Airways, EVA Air, Finnair, Lufthansa dan Singapore Airlines.

Qantas merupakan syarikat penerbangan yang berada di hadapan dalam hampir kesemua kemajuan dalam keselamatan penerbangan semenjak 60 tahun yang lalu, kata Geoffrey Thomas, editor AirlineRatings.com dalam kenyataan sama.

Selain daripada senarai 10 penerbangan terselamat, laman web itu juga mengkaji 10 penerbangan tambang murah paling selamat dengan keputusannya disenaraikan mengikut abjad seperti berikut: Aer Lingus, Alaska Airlines, Icelandair, Jetstar, Jetblue, Kulula.com, Monarch Airlines, Thomas Cook, TUI Fly dan Westjet.

Berlainan dengan sebilangan penerbangan tambang murah yang lain, syarikat-syarikat penerbangan ini lulus Audit Operasi Keselamatan Persatuan Pengangkutan Udara (IOSA) dan mencatatkan rekod cemerlang, tambah Thomas.

Daripada 449 buah penerbangan yang dikaji, hanya 149 mendapat tujuh-bintang bagi keselamatan dan 50 lagi syarikat penerbangan mendapat kurang daripada tiga bintang.

Manakala, hanya lima syarikat penerbangan mendapat satu bintang daripada AirlineRatings.com iaitu; Agni Air, Kam Air, Nepal Airlines, Scat dan Tara Air.

Tags / Kata Kunci: Qantas , AirlineRating , Finnair

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan