HLIB Saran 'Beli' Ke Atas TNB Pada Harga Sasaran RM16

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 1:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) mencadangkan 'beli' ke atas Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada harga sasaran yang lebih tinggi sebanyak RM16.

HLIB Research berkata, ia mengekalkan saranan 'beli lebih' ke atas sektor tenaga dan menaikkan harga sasaran ke atas saham TNB daripada RM15 kepada RM16, berdasarkan diskaun aliran tunai ke atas penilaian ekuiti selepas penilaian ke hadapan sehingga tahun kewangan 2016.

"Kami mengekalkan saranan 'beli lebih' ke atas sektor tenaga ketika kerajaan menggerakkan transformasi dan ketelusan industri itu.

"TNB menjadi pilihan utama kami dalam industri ini memandangkan ia memperoleh manfaat daripada harga arang batu yang rendah selain usaha kerajaan untuk melihat pelaksanaan rangka kerja 'Kawal Selia Berasaskan Insentif' dan 'Pelepasan Kos Bahan Api' yang akan memastikan pendapatan dan aliran tunai yang tetap," kata HLIB Research dalam notanya, Selasa.

Firma penyelidikan itu berkata kerajaan sudah menunjukkan komitmennya untuk melindungi kepentingan TNB apabila ia bersetuju membayar pampasan kos dalam pemulihan sebanyak RM848 juta tahun lepas.

HLIB Research turut mengekalkan saranan 'simpan" ke atas YTL Power International Bhd dengan harga yang tidak berubah pada RM1.44, berdasarkan unjuran tidak menentu berikutan penamatan perjanjian pembelian tenaga domestik, dan penguncupan berterusan margin Singapore Seraya Power dan berkemungkinan bagi United Kingdom Wessex Water. 






Tags / Kata Kunci: HLIB , TNB , YTL Power International Bhd

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan