suria

Pemaju Hartanah Johor Mesti Berusaha Kembalikan Keyakinan Pembeli

KUALA LUMPUR: Welton Development Sdn Bhd menyeru pemaju hartanah Johor menyampaikan apa yang telah mereka janjikan dalam usaha mendapatkan semula keyakinan pembeli.

"Setiap pemaju di Johor mempunyai peranan yang perlu dimainkan untuk mengembalikan, 'apa yang telah diberitahu kepada rantau ini' mengenai Iskandar Johor disebabkan, kelembapan Iskandar, sebahagiannya berpunca daripada kesilapan setiap pihak," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Thomas C.Y. Ling dalam satu kenyataan.

Katanya, berikutan keyakinan yang rendah daripada pembeli ke atas pasaran hartanah Johor, ditambah dengan kenaikan kadar faedah, mereka mungkin memilih untuk melabur dalam unit amanah atau deposit tetap bagi mendapatkan pulangan jangka pendek.

"Oleh itu, mendapatkan semula keyakinan pembeli menjadi kunci utama bagi mendapatkan wang mereka," tambang Ling.

Beliau berkata, para pemaju perlu bersedia berhadapan dengan pasaran yang lembab dalam separuh pertama 2015, dan syarikat itu menjangkakan faedah pelaburan akan mengalir masuk selepas Julai 2015.

"Pelabur masih menunggu dan saya percaya mereka sedang menanti untuk melihat kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan ke atas pasaran hartanah di Johor sebelum membuat sebarang tindakan," tambah beliau.

hartanah, Iskandar Johor

Artikel Sebelum

ETCM Lancar Nissan Almera Baharu

Artikel Lain