Malindo Air Ke Singapura 4 Kali Sehari Mulai Februari

Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2014 9:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malindo Air akan meningkatkan perkhidmatan penerbangan terus Kuala Lumpur-Singapura kepada empat kali sehari mulai 6 Februari 2015.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan hibrid itu berkata kekerapan penerbangan itu merupakan tambahan kepada pelancaran perkhidmatan penerbangan tiga kali sehari Kuala Lumpur-Singapura yang dimulakan pada 3 November lepas.

"Penerbangan baharu itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pukul 3.05 petang dan akan mendarat di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada 4.05 petang.

Penerbangan pulang dari Changi pada pukul 4.50 petang dan dijangka mendarat pada 5.50 petang di klia2. Tambang promosi untuk semua penerbangan sehala ke Singapura akan bermulapada RM60 untuk kelas ekonomi termasuk elaun bagasi percuma sebanyak 15 kilogram dan serendah RM274 untuk kelas bisnes dengan perjalanan sehala termasuk semua serta 40 kilogram elaun bagasi.

"Kekerapan penerbangan baharu ini merupakan tanda terima kasih kami kepada para pelanggan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.malindoair.com atau hubungi pusat panggilan di nombor 03-78415388, antara 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. 

Tags / Kata Kunci: Malindo Air

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan