Sektor Automotif Dijangka Perlahan Separuh Pertama 2015

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peserta industri automotif dijangka menambah daya tarikan pasaran dengan memperkenalkan model baharu dan meningkatkan versi model sedia ada pada tahun depan, termasuk kenderaan cekap tenaga (EEV), pada harga kompetitif.

Bagaimanapun, ketidaktentuan kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kenaikan kos sara hidup dan keadaan ekonomi global yang suram boleh menyebabkan pengguna berhati-hati dalam perbelanjaan mereka, menjadikan peserta industri automotif menjangkakan sektor berkenaan akan kurang memberangsangkan pada separuh pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, Proton melihat banyak potensi dalam menyediakan pilihan model untuk kumpulan pengguna masing-masing, terutama melalui model Proton yang dilancarkan baru-baru ini, Iriz dan tawaran menarik dan model lain iaitu Saga, Preve, Suprima S, Exora dan Satria Neo.

Bagaimanapun, beliau berkata Proton juga sedar dan berhati-hati dengan prospek pasaran bagi 2015, dengan pengenalan GST.

"Pelanggan mengambil langkah untuk tunggu dan lihat apa yang berlaku kepada mereka selepas CBP berikutan pelbagai pengumuman pengurangan harga kereta, yang tidak benar," katanya kepada Bernama.

Kelemahan ringgit sekarang ini berbanding mata wang utama, juga tidak boleh membantu, kata Abdul Harith, memandangkan import menjadi lebih mahal menyebabkan harga kereta lebih tinggi.

"Ini kemudiannya akan mengurangkan kemampuan kebanyakan pelanggan. Oleh itu, separuh pertama tahun 2015 akan perlahan," katanya.

Bagi tahun depan, selain terus memberi tumpuan kepada kereta kompak - 'Iriz', CEO Proton itu berkata syarikat itu juga dalam usaha membangunkan satu lagi model dalam kumpulan model keluarannya.

"Jualan dijangka berkembang kerana permintaan untuk kereta mampu milik meningkat.

"Iriz menunjukkan prestasi yang amat baik pada masa ini dan pengenalan Suprima S Standard mencerminkan komitmen kami dalam memenuhi permintaan pelanggan untuk kereta mampu mulik dan lebih nilai untuk wang," katanya.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) juga menjangka 2015 sebagai tahun yang mencabar apabila Presiden dan CEOnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata syarikat berharap dapat melakukan lebih baik lagi berbanding 2014.

"Antara sebabnya, momentum untuk model 'Axia' yang cekap tenaga, masih ada. Myvi dan Alza akan juga menjadi pemacu lain untuk 2015 dan kami akan memastikan banyak kejutan datang daripada model berkenaan.

"Sambutan yang mengalakkan terhadap Axia disebabkan status profil pelancaran model berkenaan. Pada kadar semasa, profil pelancaran mungkin dilanjutkan ke tahun depan. Apabila sampai ke paras stabil, Myvi dan Alza ada untuk menyokong jualan," kata beliau.

Jualan Axia, yang mencecah 62,000 sejak dilancarkan pada Ogos, akan membantu jualan Perodua melebihi 195,000 unit bagi 2014.

Bagi 2015, Aminar berkata, syarikat akan memberi tumpuan kepada perkhidmatan selepas jualan kerana masih ada ruang yang belum diterokai.

"Dengan berbuat demikian, kami boleh membawa balik beberapa pelanggan kami dan meningkatkan kadar pengekalan kami," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad berkata, industri mungkin mengalami pertumbuhan perlahan atau tidak berubah pada tahun depan.

"Komen awal saya ialah industri mungkin mengalami pertumbuhan perlahan pada bahagian awal tahun depan.

Mengenai pelaksanaan GST, syarikat-syarikat kereta mungkin perlu menangani  beberapa isu berhubung cukai jualan berkenaan semasa fasa pemindahan, malahan ia juga membuat beberapa orang mengambil sikap tunggu dan lihat dengan kos sara hidup yang semakin meningkat menjadikan orang berhati-hati untuk membeli kereta baharu.

"Jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi 2014 boleh mencecah 660,000 unit, peningkatan satu peratus berbanding 2013 padau 655,793 unit.

"Bagi 2015, ia mungkin sama seperti 2014, atau tidak berubah, tetapi  terlalu awal untuk meramalkannya, kata beliau.

Malahan, 2015 boleh menjadi tahun yang mencabar bagi sektor ini, setelah  kelemahan ringgit boleh memberi tekanan kepada beberapa peserta industri.

Persatuan itu mungkin perlu menyemak semula unjuran yang dibuat sebelum ini pada 693,500 unit bagi 2015, 708,000 unit dalam TIV pada 2016, 723,700 unit pada  2017 dan 740,400 pada 2018, katanya.

"Pengguna dijangka terus menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman sewa beli tahun depan.

"Saya berharap bank akan memberi kelonggaran dalam pemprosesan pinjaman," katanya, memandangkan 50 peratus permohonan dikatakan ditolak berikutan syarat lebih ketat ke atas proses permohonan pinjaman sewa beli," katanya.

Harga runcit bahan api yang lebih rendah dengan penurunan harga minyak mentah dunia baik kepada industri, tambah beliau.

Sementara itu, Institut Automotif Malaysia (MAI), berpendapat pelaksanaan CBP pada 2015 akan merangsang permintaan bagi kenderaan dengan pengurangan harga disebabkan oleh pemansuhan cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamad Madani Sahari.

"Sesetengah pengguna akan tunggu dan lihat sementara yang lain tidak akan berbuat demikian. Saya rasa ini adalah satu proses semula jadi.

"Ia adalah pasaran bebas dan pengguna ada hak untuk memilih apa yang mereka mahu. Lebih banyak dan lebih kuasa pasaran menentukan langkah ke hadapan," kata beliau.

Madani berkata, keadaan itu sedang dipantau dengan teliti oleh pengeluar peralatan tulen (OEM) dan OEM biasanya menyesuaikan pelan pemasaran mereka dengan sewajarnya.

"Dalam erti kata lain, ia memberi manfaat kepada pengguna," katanya.

Mengenai kesan kelemahan ringgit, Madani berkata institut itu kini membuat kajian bagi memahami kesannya dalam jangka panjang terutama jika keadaan berterusan.

"Secara umumnya, terdapat reaksi bercampur-campur. Industri automotif tempatan menggunakan dolar AS dan Yen Jepun untuk transaksi antarabangsa mereka.

"Walaupun nilai ringgit turun berbanding dolar Amerika Syarikat, ia meningkat berbanding Yen," katanya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: automotif , EEV , GST

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan