Pelabur Pembinaan, Pelancongan Malaysia Dipelawa Ke Guangdong

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 6:12 PM

Gunung Danxia antara destinasi pelancongan utama di Guangdong.

(Ubah saiz teks)

GUANGDONG: Pelabur Malaysia wajar memanfaatkan kelebihan mereka dalam bidang pembinaan dan pelancongan untuk meneroka pasaran Guangdong, satu wilayah di kawasan pantai Laut China Selatan di China.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Komersial Jabatan Perdagangan Guangdong, Chen Yanling, antara kelebihan sektor pembinaan Malaysia ialah reka bentuk bangunan terutama pusat beli-belah yang disukai oleh rakyat Guangdong.

"Kami juga ingin mengembangkan eksport dengan Malaysia menerusi produk industri kelebihan kami seperti tekstil, bahan mentah dan perabot. Kami tahu Malaysia juga pasaran berpotensi untuk ubat-ubatan tradisional Cina.

"Kami menggalakkan pembangunan dan pengeluaran ubat-ubatan tradisional Cina dan mungkin mengeksportnya ke Malaysia," katanya dalam talimat media, di sini baru-baru ini.

Jabatan Perdagangan Guangdong turut menggalakkan perusahaan Malaysia melabur dalam bidang-bidang terpilih seperti minyak sawit dan bahan mentah lain.

Wilayah itu yang dahulu dikenali sebagai Canton atau Kwangtung dalam bahasa Inggeris, mengatasi Henan dan Sichuan untuk muncul sebagai wilayah paling banyak penduduk di China sejak Januari 2005 dengan populasi melebihi 100 juta orang.

Tahun lepas, jumlah import dan eksport antara Malaysia dan Guangdong bernilai AS$26.8 bilion, mewakili 26 peratus daripada jumlah dagangan keseluruhan antara wilayah itu dan Asean, kata Chen.

"Pada akhir 2013, pelaburan Malaysia di Guangdong bernilai AS$795 juta, iaitu 6.7 peratus daripada nilai keseluruhan rantau berkenaan.

"Wilayah Guangdong juga melabur AS$317 juta di Malaysia tahun lepas, mewakili 14.3 peratus daripada pelaburan keseluruhan kami di Asean," kata beliau.

Jumlah dagangan keseluruhan antara Guangdong dan Asean dalam trend meningkat, bernilai AS$122 bilion pada 2013, naik 10.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Antara 1979 dan 2013, Chen berkata negara-negara Asean melabur dalam 4,726 projek di Guangdong dengan jumlah pelaburan yang sudah ditandatangani bernilai AS$17.5 bilion, manakala modal asing sebenar yang diguna berjumlah AS$11.9 bilion.

"Pelaburan asing dari Asean kebanyakan bertumpu dalam telekomunikasi, teknologi maklumat, peranti elektronik, pembuatan kertas, bahan mentah produk kimia dan tekstil.

"Terdapat 333 perusahaan dari wilayah Guangdong yang membina kilang mereka di negara-negara Asean dan jumlah sebenar pelaburan ialah AS$1.04 bilion, terutama dalam industri pertanian dan runcit," katanya.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, lebih RMB900 bilion (RM509 bilion) akan dibelanjakan untuk pembangunan bahagian utara dan selatan Guangdong yang bertujuan menyeimbangkan pembangunan di wilayah itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan