2015 Tahun Mencabar Bagi Sektor Bank

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: RHB Research menjangkakan satu lagi tahun yang mencabar bagi sektor bank pada tahun depan dalam suasana latar belakang makro yang sederhana, kecairan yang lebih ketat dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kualiti aset.

Firma penyelidikan itu yang mengekalkan saranan penarafan "neutral" ke atas sektor perbankan berkata kebanyakan senario dijangka sama seperti yang dilihat tahun ini, walaupun latar belakang makro telah menjadi lebih tidak menentu.

"Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan kejatuhan harga minyak mungkin akan mengekang pertumbuhan permintaan domestik, membawa kepada peningkatan perbelanjaan pengguna serta pelaburan swasta yang lebih sederhana," kata firma itu dalam satu nota pada Rabu.

Bagi 2015, RHB Research menjangkakan pertumbuhan pinjaman isi rumah terus sederhana kerana inflasi dan kadar faedah yang tinggi, serta pelaksanaan CBP akan memberi kesan ke atas perbelanjaan budi bicara pengguna.

RHB Research berkata, pendapatan sektor perbankan sepatutnya naik semula selepas prestasi lemah pada 2014 manakala bank-bank hari ini nampaknya mempunyai modal yang lebih baik.

Firma itu juga berkata Bank Negara Malaysia mungkin akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman tidak berubah pada 3.25 peratus.


Tags / Kata Kunci: Bank , RHB

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan