suria

Senarai 50 Jenama Bilionair 2014 Didedahkan Euromonitor

KUALA LUMPUR: Senarai 50 jenama jutawan kategori makanan berbungkus 2014 mendedahkan bahawa jenama utama yang lama wujud seperti Danone, Campbell dan Barilla mula kehilangan penguasaan pasaran.

Menurut laporan syarikat penyelidikan Euromonitor International yang dikeluarkan menerusi kenyataan di London, senarai itu juga menunjukkan beberapa jenama China seperti Yili dan Mengniu telah berkembang pesat.

Senarai jenama bilionair itu yang turut meliputi jenama ikonik global seperti Kellogs dan Cadbury sehingga ke jenama baru yang kurang dikenali, menunjukkan senarai pelopor utama dalam pasaran makanan berbungkus sekarang ini.

Meskipun beberapa jenama baru Asia memasuki kelab bilionair itu, hasil perolehan kebanyakan mereka bertumpu pada pasaran tunggal dengan Yili, Mengniu, Master Kong, Arawana, Shireway, Wahaha, Fortune dan Wang Zai menyaksikan sebahagian besar daripada perolehan mereka datang dari China.

Asia Pasifik adalah enjin pertumbuhan terbesar untuk industri makanan berbungkus sejak lebih sedekad lalu, menyumbangkan sebanyak US$180 bilion (RM628 bilion) kepada pasaran global.

Dalam erti kata lain, 48 peratus jumlah pertumbuhan ini adalah dijana oleh industri, jelas Lamine Lahouasnia, Ketua Global Penyelidikan Makanan Berbungkus di Euromonitor International dalam kenyataan yang sama.

Bagi mendapatkan laporan lengkap senarai 50 jenama bilionair tersohor, layari http://blog.euromonitor.com/2014/12/the-biggest-billionaire-brands-in-the-food-wo rld.html

Artikel Berikut

Artikel Lain