suria

Petronas, Wasco Meterai Perjanjian Perlesenan

Maccagno (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Colin Wong, sambil disaksikan Pengarah Eksekutif while Wasco Oil Technologies Sdn Bhd Iqbal G. Abdullah (kiri) dan Ketua PTVSB, Zaimizi Hamdani (kanan).

KUALA LUMPUR: Petronas Technology Ventures Sdn Bhd (PTVSB), cabang pengkomersilan teknologi Petroliam Nasional Bhd (Petronas), telah menandatangani perjanjian perlesenan dengan Wasco Coatings (M) Sdn Bhd, pakar penyalutan saluran paip global untuk pengkomersilan Remcoat.

Perjanjian itu ditandatangani di Persidangan Teknologi Petroleum Antarabangsa Ke-8 di sini, Jumaat.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua syarikat itu berkata, mengikut perjanjian itu, Wasco akan mengeluar dan memasarkan Remcoat, sistem penyalutan saluran paip tiga lapis milik Petronas yang melindungi saluran paip minyak dan gas daripada kakisan.

Remcoat adalah sistem salutan unggul yang menawarkan penyelesaian penjimatan kos untuk perlindungan saluran paip daripada kakisan selama lebih 20 tahun.

Pengerusi PTVSB dan Naib Presiden Kanan Bahagian Teknologi dan Kejuruteraan Petronas, Dr Colin Wong Hee Huing berkata, Remcoat kini digunakan di projek Garraf syarikat itu di selatan Iraq.

"Melalui kerjasama dengan Wasco ini, kami percaya Remcoat akan diterima baik di seluruh dunia," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wasco, Giancarlo Maccagno, berkata Remcoat adalah bukti kerjasama kukuh di antara Wasco dan Petronas untuk menawarkan penyelesaian produk baharu yang cekap kepada pasaran.

"Kami telah berjaya mengeksport penyelesaian teknologi air dalam dan kami yakin Remcoat juga akan berjaya," katanya.

PTVSB, Wasco Coating, Remcoat

Artikel Lain