suria

Zalora: 12.12 Online Fever Bakal Jadi Acara Siber Terbesar Asia Tenggara

KUALA LUMPUR: Zalora, destinasi fesyen atas talian di Asia, bekerjasama dengan peserta utama e-dagang di seluruh rantau ini untuk 12.12 Online Fever, acara membeli-belah atas talian yang menawarkan tawaran yang menarik pada 12 Disember 2014.

Dengan lebih daripada 100 rakan kongsi di seluruh Asia Tenggara dan Hong Kong, 12.12 Online Fever dikatakan bakal menjadi acara jualan siber terbesar di rantau ini dan selepas Cyber Monday dan Singles Day di Asia Tenggara, memberikan pelanggan penjimatan merangkumi barangan fesyen, makanan, kecantikan, kelengkapan untuk melancong dan banyak lagi.

Diketuai oleh Zalora, 12.12 Online Fever adalah sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan e-dagang di rantau ini dengan rakan niaga yang pesat membangun seperti Enrich by Penerbangan Malaysia (MAS) , Rakuten, Reebonz, dan Line dalam menyediakan tawaran menarik bagi pengguna dan menggalakkan mereka membeli-belah secara atas talian.

Semua rakan niaga tersebut akan disertakan pada halaman bersama yang akan memberikan pelanggan gambaran keseluruhan mengenai tawaran dan diskaun untuk hari tersebut.

Penggemar fesyen boleh menjangkakan koleksi pakaian yang berkualiti tinggi dengan tawaran harga yang berpatutan apabila mereka membuat pembelian di Zalora.

Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan Zalora Malaysia, berkata, "Asia Tenggara merupakan salah satu rantau yang mempunyai pasaran paling pesat berkembang untuk e-dagang.

Malaysia merupakan salah satu daripada negara di Asia Tengggara dengan jalur lebar dan penembusan telefon pintar dengan kadar yang paling tinggi, syarikat-syarikat seperti Maxis dan TM adalah nama-nama yang bertanggungjawab ke atas keajaiban ini.

Perbelanjaan dalam talian daripada jumlah perbelanjaan runcit adalah sekitar 15 peratus bagi negara-negara Eropah dan kurang daripada satu peratus bagi Malaysia, pertumbuhan e-transaksi membolehkan rakyat Malaysia mengakses dengan lebih luas ke atas produk dan perkhidmatan antarabangsa, dan bukan sahaja di bandar-bandar besar tetapi di mana sahaja merangkumi Kuala Lumpur hinggalah ke kampung-kampung.

Ia juga membolehkan syarikat-syarikat daripada Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan mereka di seluruh dunia dengan pelaburan modal yang sedikit, ia merupakan sesuatu yang sangat penting untuk pembangunan jangka panjang negara ini, khususnya dengan peraturan GST yang baru datang.

Apa yang cuba kami lakukan adalah untuk menyelaraskan kesemua pihak dan bekerjasama untuk mencapai pertumbuhan yang lebih cepat dalam e-transaksi, ini merupakan sesuatu yang akan membantu syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam acara 12/12 ini secara keseluruhannya."

Bagi mereka yang gemar bercuti pula, mereka kini boleh mula merancang percutian untuk tahun 2015 dengan menikmati tawaran istimewa ke atas tiket penerbangan dan hotel daripada rakan niaga seperti MAS dengan yang memberikan tawaran hujung minggu bermula daripada RM60 untuk destinasi domestik dan RM177 untuk destinasi antarabangsa.

Sementara untuk tempahan hotel atas talian pula, HotelQuickly menawarkan baucer RM50 yand dapat digunakan untuk hotel-hotel terpilih bintang 3 sampai 5 di Asia Pasifik.


Zalora, Asia Tenggara, MAS

Artikel Lain