Carousell Sasar Tingkat Pengguna 7 Peratus Setiap Minggu

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Platform membeli belah dalam talian Singapura, Carousell Pte Ltd menyasar menambahkan bilangan penggunanya tujuh peratus setiap minggu, sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan operasi serantaunya.

"Carousell kini mempunyai lapan juta penyenaraian yang diwujudkan melalui  platform kami, dan sehingga kini telah memudahkan lebih dua juta urus niaga.

"Kami juga merupakan 'Top 5 Lifestyle' di Malaysia dalam iPhone App Store dan 'Top 3 Shopping App' di Malaysia di Google Play," kata Pengasas bersama Lucas Ngoo Cheng Han kepada pemberita pada majlis pelancaran rasmi aplikasi itu pada Selasa.

"Kami menerima sambutan amat menggalakkan dari pasaran Malaysia sejak prapelancaran pada Januari tahun ini, dan kami juga menjangkakan produk yang disenaraikan dalam aplikasi itu akan bertambah daripada 8 juta produk sekarang ini." kata Ngoo kepada pemberita pada pelancaran rasmi aplikasi tersebut, Rabu.

"Carousell mengekalkan kedudukannya sebagai aplikasi membeli belah nombor satu di Singapura dan bagi Malaysia, kami menyasar hala tuju yang sama dan telah melancarkan muslimah, satu kategori khas bagi pasaran tempatan," katanya.

Pasaran perdagangan mudah alih Malaysia berkembang kepada RM1.82 bilion tahun lepas dan dijangka mencecah RM3.43 bilion pada 2015.

Carousell dijangka melancarkan versi laman sesawangnya pada suku pertama tahun depan.

Tags / Kata Kunci: Carousell , Singapura , Google Play

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan