Ronser Bio-Tech, DLT Institute Bangunkan Projek Pembiakan Ikan Empurau

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Ronser Bio-Tech Sdn Bhd akan bekerjasama dengan syarikat tempatan, DLT Institute untuk membangunkan projek ladang pembiakan ikan empurau di sini menggunakan teknologi Mass Biosystems (MBS).

Kedua-dua syarikat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjayakan projek itu, semalam.

Empurau atau lebih dikenali sebagai kelah di Semenanjung Malaysia, merupakan spesies ikan yang hampir pupus, yang kini hanya terdapat di bahagian hulu Sungai Rajang di Kapit kerana sungai itu masih belum tercemar.

Harga satu kilogram ikan empurau yang dijual di restoran boleh mencecah sehingga RM1,000 dipercayai merupakan ikan paling mahal di Malaysia.

Pengerusi Ronser Bio-Tech Sdn Bhd, Woo Min Fong berkata, MBS adalah sistem biologi yang dipaten oleh penasihat teknikal Ronser, Prof Zhang Zhen Jia daripada Shanghai Jio Tong University (SJTU) dan diguna untuk mengasingkan sisa ammonia dalam air sehingga 1 bahagian per juta (ppm).

Beliau berkata, teknologi itu akan disepadukan dengan teknologi Pengerusi DLT Institute, Dr Ellie Luhat dalam pembiakan empurau untuk mengkomersialkan akuakultur hijau dan pembangunan pertanian oleh SJTU.

Woo berkata, syarikat baharu dikenali sebagai Ronser DLT Sarawak Sdn Bhd akan ditubuhkan untuk membangunkan projek itu dan teknologi rawatan air sisa yang dibangunkan oleh Rosner, terutama efluen kilang minyak sawit.

Beliau berkata, pembangunan teknologi itu juga akan memberi manfaat kepada industri minyak sawit di negeri ini.

Atas usaha Dr Elli, beliau berjaya membiakkan empurau di dalam kolam di halaman rumahnya di Taman BDC Stampin di sini.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan