PKS Dapat Rebat RM750 Menerusi Penyelesaian 'Shop In A Box' TM

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 10:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Digital Malaysia, menerusi Program Penggunaan Pengkomputeran Awan PKS, menawarkan insentif rebat RM750 kepada semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang melanggan penyelesaian SurePay Point-of-Sale (POS) TM.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan penggunaan penyelesaian pengkomputeran awan dalam kalangan PKS, selain meningkatkan daya saing dan keberkesanan mereka dalam melaksanakan aktiviti perniagaan masing-masing.

"Semua langganan baharu SurePay POS mulai sekarang hingga 31 Disember, 2014 layak menikmati rebat RM750 secara bayaran balik," kata Naib Presiden Jualan, PKS dan Pengguna TM Khaidhir Elias menerusi satu kenyataan Isnin.

TM baru-baru ini melancarkan dua jenis kelompok penyelesaian pembayaran dan kutipan menerusi penyelesaian 'Shop in a Box', yang meliputi SurePay POS dan SurePay.

SurePay POS menggunakan terminal POS yang membolehkan perniagaan menerima tunai, pembayaran secara kredit dan debit manakala SurePay membolehkan perniagaan menerima pembayaran menerusi saluran dalam talian, sama ada menerusi kad kredit atau kad debit menggunakan peranti mudah alih dongle.

Tags / Kata Kunci: SurePay , SurePay POS , TM , PKS

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan