Turun Naik Mata Wang Negara Masih Beri Kesan Seimbang

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 3:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan turun naik mata wang yang tidak begitu mendadak masih menunjukkan kesan seimbang kepada ekonomi negara dalam jangka masa sederhana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, perkara itu dipacu oleh asas ekonomi negara yang kukuh, menerusi lebihan akaun semasa dalam imbangan pembayaran, iaitu sebanyak RM41 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun ini berbanding RM37 bilion pada 2013.

Selain itu, struktur ekonomi negara telah dipelbagaikan dan tidak hanya bergantung kepada sektor pertanian dan komoditi semata-mata, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Cuti Sekolah Peneraju Tunas Geliga anjuran Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (PenerajuEdu) di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, di sini, Ahad.

"Kalau dulu kita banyak bergantung kepada kegiatan pertanian, komoditi serta minyak dan gas, tapi kini ia telah dipelbagaikan, di mana sekarang ini struktur ekonomi kita 55 peratus disumbangkan oleh sektor perkhidmatan, 25 peratus sektor pembuatan dan perkilangan, tujuh peratus oleh sektor perlombongan dan lapan peratus oleh sektor pertanian," katanya.

Menurutnya, memandangkan negara tidak lagi bergantung kepada sektor komoditi, sekiranya terdapat pengurangan mendadak, impaknya tidaklah terlalu teruk kerana ekonomi negara sudah dipelbagai.

Mengambil contoh krisis ekonomi global pada 2007, Abdul Wahid berkata, Malaysia mampu menghadapi cabaran itu disebabkan asas ekonomi yang kukuh dan melebar sejak empat dekad lalu.

"Memang dari semasa ke semasa akan terdapat faktor luaran yang bakal mempengaruhi pergerakan harga komoditi dan pergerakan mata wang tetapi yang penting sekiranya asas ekonomi dan kedudukan kewangan negara kukuh, kita mampu melalui perkara ini", katanya. 


Tags / Kata Kunci: Mata Wang , Ringgi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan