Urus Niaga Saham MAS Digantung Mulai 15 Disember

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 4:21 PM

mas
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Urus niaga saham-saham Penerbangan Malaysia (MAS) di Pasaran Utama Bursa Malaysia akan digantung berkuat kuasa dari 15 Disember, 2014 pada 9 pagi, tiga hari sebelum tarikh kelayakan bagi pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilihnya (SCR). 

Sehubungan itu, hari terakhir untuk urus niaga saham MAS sebelum penggantungan ialah pada Jumaat, 12 Disember.

"Di bawah SCR, pemegang saham biasa MAS, selain Khazanah Nasional Bhd, yang namanya tercatat pada rekod pendeposit syarikat setakat pada 5 petang pada 19 Disember akan layak untuk menerima jumlah tunai 27 sen bagi setiap saham MAS," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

MAS berkata, pembayaran balik modal dijangka dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh kelayakan.

Urus niaga saham MAS akan terus digantung sehingga selesai SCR dan penyahsenaraian seterusnya MAS daripada senarai rasmi Bursa Malaysia, katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan