suria

Bosch Sasar Perluas Pasaran Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Bosch, jenama peralatan isi rumah terkemuka Eropah, menyasar untuk meningkatkan pasarannya di Malaysia dengan memperkenalkan teknologi terbaik Jerman dalam peralatan rumah kepada pengguna.

Teknologi berkenaan telah dipamerkan pada pelancaran rasmi Bosch Experience Centre di Publika Shopping Gallery, yang menawarkan peralatan isi rumah terkini Bosch, yang terdiri daripada peralatan besar hingga peralatan dapur yang kecil.

Syarikat itu merancang untuk mengembangkan saluran pengedarannya pada tahun depan dan juga melabur secara lebih fokus pada segmen pasaran utama untuk jenama.

"Dengan perkembangan pesat di Malaysia, kami melihat potensi yang besar dan peluang pertumbuhan perniagaan. Oleh itu, kami berharap untuk mengukuhkan kedudukan kami di pasaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif BSH Home Appliances Malaysia Gary Ong.

Beliau berkata pusat baharu itu merupakan permulaan kepada hala tuju perniagaan Bosch pada 2015 dan merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk membawa produk inovatif lebih dekat dengan pengguna.

Syarikat itu juga berminat untuk bekerjasama dengan peruncit terkemuka dan menubuhkan lebih banyak pusat Bosch di Malaysia, kata beliau, sambil menambah tumpuan akan diberikan kepada peralatan membasuh dan memasak.

"Bosch bercadang untuk melabur lebih banyak usaha dan sumber untuk memasarkan pelbagai produk inovatif mesin basuh muatan hadapan, dengan memberi penekanan kepada kecekapan teknologi melalui jenama VarioPerfect," katanya.

Bosch juga merancang untuk mengembangkan perniagaan peralatan memasak di pasaran tempatan, memanfaatkan populariti yang semakin meningkat bagi konsep dapur terbuka, dan akan memperkenalkan siri baru ketuhar dan ketuhar kompak pada separuh pertama 2015.

Bosch

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain