India Pelawa Pelabur Projek Infrastruktur - Niaga | mStar

India Pelawa Pelabur Projek Infrastruktur

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: India mempelawa institusi kewangan tempatan dan global untuk melabur dalam projek infrastrukturnya termasuk lebuh raya dan jalan air pedalaman, kata Menteri Pengangkutan Jalan, Lebuh raya dan Perkapalan Nitin Gadkari.

Semasa menjelaskan bahawa kerajaan negara itu memberi tumpuan terhadap infrastruktur bertaraf dunia sebagai sebahagian strategi pertumbuhan India, Gadkari menyeru semua pihak berkepentingan agar menyertai negara itu dalam usaha untuk menjadikan negara itu sebagai kuasa global.

Menteri berkenaan berkata demikian pada sesi pertama sidang kemuncak antarabangsa keempat mengenai 'Pembiayaan Infrastruktur: Pembinaan Untuk Pertumbuhan' anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India (ASSOCHAM) pada Isnin.

Beliau berjanji yang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi akan membuat pelaburan dalam infrastruktur projek pengganda dengan mengukuhkan rangka kerja dasar di mana perlu. 


Tags / Kata Kunci: India
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan