Harga Bahan Api Pesawat Lebih Murah Membolehkan Tambang Lebih Rendah - Tony Fernandes

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 6:48 PM

Tony Fernandes

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga bahan api pesawat yang ketika ini pada US$85 setong, bukan hanya akan mengurangkan kos operasi syarikat-syarikat penerbangan, tetapi turut membantu mereka menurunkan kadar tambang untuk mewujudkan lebih banyak permintaan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau percaya kos operasi kumpulan akan turun agak mendadak, dan sangat yakin terhadap prestasi keuntungan yang kukuh daripada AirAsia X pada tahun depan.

"Kos kami akan turun, sebahagiannya akan dipindahkan kepada pelanggan. Oleh itu, ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk berada dalam industri penerbangan dan memacu pertumbuhan pendapatan," katanya kepada pemberita, Isnin.

Beliau berkata demikian di luar pelancaran "Laporan Menghapuskan Halangan (LTB)", anjuran Kelab Perniagaan Asean (ABC) di sini.

Laporan LTB merupakan usaha bersama oleh Institut Penyelidikan Asean CIMB dan ABC untuk mengenal pasti halangan yang menghalang sektor-sektor keutamaan perdagangan bebas dalam konteks Komuniti Ekonomi Asean (AEC).

Terdahulu, Fernandes berkata beliau menjangka industri penerbangan negara positif pada tahun depan, berikutan perkara paling besar selain harga minyak ialah penstrukturan semula Penerbangan Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi Forum Kelab Perniagaan Asean 2014, yakin bahawa Khazanah Nasional Bhd memberi tumpuan untuk memastikan syarikat penerbangan tersebut mencatat keuntungan.

"Jika Malaysia Airlines diuruskan dengan cara yang betul, maka saya menjangkakan sektor penerbangan yang sihat," katanya.

Fernandes berkata Malaysia Airlines, AirAsia dan AirAsia X baik untuk ekonomi, terutamanya Malaysia Airport Holdings Bhd, penyelenggaraan, pembaikan dan rombakan perniagaan serta sektor pelancongan.

"Tahun depan merupakan peluang terbaik bagi Malaysia untuk mengambil peluang dalam menjadikan Kuala Lumpur, sebagai perjalanan kos rendah Asia," katanya.


Tags / Kata Kunci: bahan api , Tony Fernandes , tambang murah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan