Syarikat Kecil Digalak Daftar CBP - Seed

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 6:52 PM

A T Kumararajah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 38,000 syarikat India Malaysia di seluruh negara masih belum mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Khas untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) Datuk Dr A T Kumararajah berkata syarikat-syarikat ini yang mencatatkan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 dan tidak melebihi RM500,000 seperti yang ditetapkan dalam CBP.

"Bagaimanapun, mereka amat digalakkan untuk mendaftar perniagaan mereka kerana mereka juga perlu berdaftar CBP memandangkan mereka adalah pembekal kepada syarikat-syarikat yang mematuhi CBP.

"Jika tidak, syarikat-syarikat besar yang berpendapatan lebih daripada RM500,000 tidak akan mahu menjalankan perniagaan dengan syarikat yang tidak mendaftar CBP," katanya kepada Bernama di luar acara seminar CBP yang diadakan di ibu pejabat MIC di sini, Sabtu.

Seminar itu dianjurkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama SEED, Dewan Perniagaan India Kuala lumpur dan Putrajaya serta beberapa persatuan perdagangan India Malaysia.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Subramaniam Tholasy dan Setiausaha Agung MIC, A. Prakash Rao.

Kumararajah berkata lambat laun syarikat-syarikat perniagaan kecil dan mikro ini akan menjadi kurang berdaya saing dari segi struktur harga jika mereka tidak mendaftar CBP, dengan itu, mereka akan akhirnya terkeluar daripada rantaian bekalan pematuhan CBP yang lebih besar.

"Ia akan menjadikan syarikat yang berdaftar CBP akan menjauhi syarikat tidak mendaftar CBP memandangkan mereka tidak berdaya saing untuk menjalankan perniagaan.

Ia akan meningkatkan kos langsung menjalankan perniagaan manakala kenaikan kos ketara tidak langsung akan datang daripada invois tidak berpadanan dan kelemahan dokumentasi yang dimiliki syarikat tidak mendaftar CBP," katanya.

Dalam hal itu, beliau berkata syarikat-syarikat kecil terutamnya syarikat India Malaysia digalakkan untuk secara sukarela mendaftarkan perniagaan mereka untuk CBP jika mereka mahu kekal dalam rantaian bekalan rakan-rakan yang lebih besar.

Beliau berkata itulah sebabnya seminar CBP dianjurkan, untuk mewujudkan kesedaran dan memberi maklumat terperinci mengenai CBP.

Pemilik syarikat India Malaysia boleh menghubungi SEED di talian 03-27756205 untuk lebih maklumat mengenai CBP, katanya

Tags / Kata Kunci: Seed , CBP

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan