suria

Public Mutual Umum Agihan RM285 Juta

KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd, anak syarikat milik penuh Public Mutual Bhd, mengumumkan agihan sebanyak RM285 juta untuk lapan dana bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2014.

Public Islamic Infrastructure Bond Fund menerima agihan kasar paling tinggi iaitu 4.50 sen seunit diikuti Public Islamic Sector Select Fund 2.75 sen seunit.

Public Select Alpha-30 Fund (2.25 sen seunit) manakala masing-masing Public Dividend Select Fund dan Public Far-East Dividend Fund 1.00 sen seunit dan 0.40 sen seunit.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, syarikat unit amanah itu berkata Public Islamic Infrastructure Bond Fund melabur dalam sukuk membabitkan syarikat di sektor prasarana bagi menjana pendapatan tahunannya.

Public Select Alpha-30 Fund pula menyasar untuk mencapai pertumbuhan modalnya bagi tempoh jangka sederhana dan panjang menerusi pelaburan sehingga maksimum 30 saham utama disenaraikan di Sekuriti Bursa Malaysia.

Public Islamic Sector Select Fund berhasrat meningkatkan modal jangka panjangnya dengan melabur dalam portfolio saham yang menepati syarat patuh Syariah daripada sektor pasaran tempatan.

"Kedua-dua Public Dividend Select Fund dan Public Far-East Dividend Fund pula menyasarkan menjana pendapatan dengan pelaburan dalam portfolio saham yang mampu memberi pulangan dividen menarik. Ini adalah agihan sementara bagi Public Dividend Select Fund," katanya.


Public Mutual

Artikel Lain