Kata Dua Kepada Kesatuan Pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 11:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang Malaysia Airlines Berhad (MAB), syarikat baharu yang akan mengambilalih Malaysian Airlines System Bhd (MAS), menyatakan dengan jelas syarat yang akan memastikan kesatuan pekerja dan persatuan perlu di bawa ke meja rundingan dalam satu tempoh jangka masa atau sebarang tindakan akhir. 

Menurut rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen pada Rabu, sebarang keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bersama dengan MAB, kehadiran kesatuan pekerja adalah wajib dan ia merupakan syarat sah yang mengikat kedua-dua belah pihak. 

MAB bukan 'majikan pengganti' menurut akta berkenaan. 

Menurut akta tersebut, kesatuan pekerja perlu hadir dalam setiap mesyuarat mengenai segala perkara yang dibincang dan dirundingkan. 

"Jika dalam tempoh setengah jam daripada masa mesyuarat yang ditetapkan, tiada wakil kesatuan pekerja yang hadir, maka mesyuarat haruslah ditangguhkan ke hari yang sama pada minggu yang berikutnya, di lokasi serta masa yang sama tanpa sebarang notis," menurutnya. 

Jika ia jatuh pada hari cuti umum maka mesyuarat akan diadakan pada hari bekerja yang berikutnya, menurut rang undang-undang berkenaan.

"Apabila mesyuarat yang ditangguhkan dan diadakan semula pada hari yang berikutnya, wakil kesatuan pekerja yang tidak hadir tidak akan menghalang mesyuarat itu daripada diteruskan dan sebarang keputusan yang dibuat di sini adalah sah dan terpakai," katanya. 

Dalam pada itu, salah satu cabarang utama yang perlu dihadapi oleh Khazah Nasional yang merupakan syarikat pemegang saham utama MAS ialah berhadapan dengan kesatuan pekerja MAS. 

"Dijangkakan syarikat baharu nanti memerlukan tenaga kerja seramai 14,000 orang," kata Kahazah dalam pelan pemulihan syarikat penerbangan tersebut pada 29 Ogos. 

Pada ketika ini syarikat penerbangan nasional itu mempunyai kira-kira 20,000 pekerja.  

Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) dilaporkan menyebelahi rancangan penyusunan semula yang didakwa dapat menyelamatkan pekerjaan. 

Sementara kesatuan pekerja lain yang mewakili pekerja MAS termasuklah Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia Semenanjung Malaysia dan Kesatuan Sekerja Anak Kapal Syarikat Penerbangan Malaysia dan Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia. 

MAB merupakan sebuah syarikat baharu yang didaftarkan di bawah Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (Pentadbiran) Akta 2014 akan mengambilalih syarikat penerbangan nasional dan beroperasi sebagai sebuah syarikat komersil. 

Akta tersebut memberi kuasa dan imuniti kepada syarikat baharu ini untuk berunding semula dengan syarat kontrak dengan kesatuan pekerja, pembekal dan kontraktor. 

Ini adalah saat yang 'kritikal' bagi memastikan kesinambungan, keuntungan dan keupayaan syarikat penerbangan nasional tersebut, menurut rang undang-undang tersebut. 

Ia menyediakan satu kaedah yang berkesan dan cekap untuk 'memindahkan perniagaan, aset, hak, liabiliti dan hal berkaitan' MAS kepada syarikat baharu tersebut. 

Apabila rang undang-undang itu diluluskan, semua syarat tadi akan terpakai untuk tempoh selama lima tahun atau sehingga penyenaraian MAS di Bursa Malaysia. 


Tags / Kata Kunci: MASEU , MAS , MAB

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan