Kraftangan Malaysia Catat Jualan RM444 Juta Setakat Oktober Lalu

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 4:07 PM

Seni tekat benang emas antara yang sering mendapat sambutan ramai.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kraftangan Malaysia mencatat jualan bernilai RM444 juta setakat Oktober lalu, mengatasi sasaran RM430 juta untuk tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Kamil Mohd Ali berkata, prestasi jualan melebihi jangkaan itu mencerminkan kualiti tinggi produk usahawan kraf di negara ini selain pelbagai promosi dan program yang dianjurkan sepanjang tahun.

Kira-kira 40 peratus atau RM200 juta daripada nilai jualan itu adalah produk batik dan daripada jumlah tersebut RM120 juta disumbangkan usahawan kraf Kelantan, katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani dan Penyerahan Watikah Pelantikan Adiguru Kraf 2014, di sini, Selasa.

Mengulas perkembangan lain, beliau berkata pada masa ini 75 hingga 80 peratus lulusan Institut Kraftangan Negara (IKN) berjaya mendapat pekerjaan sebaik menamatkan pengajian.

Setiap tahun, 40 pelajar diambil mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan di IKN di bawah program diploma serta sijil dan daripada jumlah itu lebih 75 peratus berjaya mendapat pekerjaan atau menjadi usahawan dalam bidang yang diceburi, katanya.

Pada majlis itu, pemilik Syarikat Che Minah Songket, Kalthom Hussin, 68, menerima tauliah Adiguru Kraf 2014 sebagai mengiktiraf kemahiran tinggi beliau dalam tenunan songket.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Kalthom berkata pengalaman yang dimiliki selama lebih 50 tahun itu akan diguna untuk menarik generasi muda berkecimpung dalam bidang tenunan songket.

"Saya mula belajar menenun ketika berumur 10 tahun untuk membantu ibu bapa, dan daripada situ timbul minat yang membawa saya kepada tahap sekarang," katanya yang merupakan generasi keempat terbabit dalam pembuatan songket tenun.

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan