Boeing Hantar 737-700 Pertama Untuk Ruili Airlines

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 7:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembuat kapal terbang iaitu Boeing telah menghantar pesawat 737-700 yang pertama daripada 14 buah yang telah ditempah oleh Ruili Airlines.

Ruili merupakan syarikat penerbangan swasta yang baharu dan berpangkalan di Lapangan Terbang Changshui di Kunming, ibu negara wilayah Yunnan, China.

Boeing dalam satu kenyataan berkata, tempahan 14 pesawat itu terdiri daripada lapan buah 737-700s dan enam 737 MAXs.

Syarikat penerbangan itu sekarang ini mengoperasikan dua buah 737-700s dan satu pesawat 737-800, yang berkhidmat untuk tujuh laluan domestik di China.

"Terkenal dengan kebolehpercayaan, kecekapan bahan api dan prestasi yang ekonomik, pesawat 737-700 telah dipilih oleh banyak syarikat penerbangan terkemuka di seluruh dunia dan telah menyumbang sebanyak lebih daripada 1,200 tempahan kepada kejayaan keluarga pesawat 737 generasi akan datang," katanya.

Presiden Ruili Airlines, Ma Zhanwei melahirkan harapan supaya kelebihan persaingan yang ditawarkan oleh pesawat itu akan membolehkannya berkembang dari syarikat penerbangan pemula kepada kuasa penggerak di dalam industri aeroangkasa China.

Syarikat penerbangan itu yang telah mendapat lesen perniagaan perusahaan pengangkutan udara awam daripada Jabatan Penerbangan Awam China dalam Februari 2014 bercadang untuk menambahkan armadanya kepada 30 pesawat Boeing menjelang 2020.


Tags / Kata Kunci: Boeing

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan