suria

Shell Terus Promosi Idea Inovatif

SHAH ALAM: Shell akan terus menggalakkan dan mempromosikan perkembangan idea-idea inovatif mengenai kecekapan tenaga dan mobiliti mampan di Malaysia.

Ketua Pemasaran Runcit (Hiliran) Shell bagi Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Brunei Darussalam, Christine Liew berkata idea-idea bernas yang menghasilkan inovasi teknologi atau produk baharu boleh membawa transformasi kepada industri tenaga.

"Negara kini menghadapi cabaran berkaitan pertumbuhan penduduk dan menyebabkan permintaan yang meningkat terhadap tenaga dalam semua bentuk.

"Menjelang 2050, bilangan kereta di jalan raya dijangka meningkat tiga kali ganda dan pelbagai bahan api dan teknologi diperlukan untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat bagi mobiliti dan mengehadkan pelepasan karbon dioksida (CO2).

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penganugerahan Pasukan Terbaik Malaysia Shell Eco-marathon Asia 2014 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, Isnin.

Pada acara itu, pasukan Monash 2 dari Universiti Monash muncul sebagai pasukan terbaik Malaysia bagi Shell Eco-marathon Asia 2014, yang diadakan buat kali pertama di Manila, Filipina, awal tahun ini.


Shell

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain