Kenaikan Niaga Hadapan Emas Dijangka Terhad

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 12:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sentimen berhati-hati dijangka menyelubungi pasaran emas minggu depan dengan kenaikan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal terhad.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin menjangka peniaga memberi reaksi negatif kepada ulasan Ketua Bank Pusat Eropah Mario Draghi bahawa bank itu akan mengeluarkan lebih banyak rangsangan monetari ke ekonomi zon Eropah.

"Ini akan menyebabkan mata wang euro menjadi lebih rendah berbanding dolar AS dan kelaknya mengimbangi permintaan terhadap emas kerana ia berharga dalam dolar," katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, Ahmad Danial berkata kenaikan pasaran emas tempatan kebanyakannya disebabkan aktiviti belian menampung kekurangan.

"Permintaan terhadap emas fizikal dari China semakin pulih, yang membantu meningkatkan harga emas mingguan," katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, November 2014 naik 81 mata kepada RM128.15 segram manakala Disember 2014, Januari 2015 dan Februari 2015 meningkat 79 mata setiap satu masing-masing kepada RM128.55, RM128.85 dan RM129.15 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1,247 lot bernilai RM16.162 juta daripada 1,130 lot bernilai RM14.10 juta pada minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada Jumaat meningkat kepada 2,083 kontrak daripada 2,023 kontrak sebelumnya. 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan