suria

Darulaman Realty Perkenal Pembangunan Hartanah Konsep Gaya Hidup

SUNGAI PETANI: Darulaman Realty Sdn Bhd (DRSB), unit pembangunan hartanah syarikat Bina Darulaman Bhd (BDB), mensyasarkan jualan kediamannya meningkat 20 peratus apabila memperkenalkan kediaman berkonsepkan gaya hidup.

Usaha itu dimulakan dengan projek Darulaman Perdana Sungai Petani yang dibangunkan di kawasan seluas 168.8 hektar di sini.

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, pemasaran DRSB tidak lagi tertumpu kepada penjualan produk semata-mata, sebaliknya pelanggan ditawarkan pakej pembangunan yang mempunyai ciri gaya hidup setempat.

Katanya, konsep itu diyakini mampu merangsang jualan sejajar dengan masyarakat hari ini yang mengutamakan gaya hidup berbanding produk.

"Darulaman Perdana akan menjadi testimoni pertama dan selari dengan slogan "Darulaman Perdana: Kehidupan Terbaik Dalam Gaya.

"Semua pembangunan hartanah akan datang berasaskan gaya hidup persekitaran dengan adanya taman permainan, kawasan rekreasi, trek joging di sekeliling tasik, masjid dan rumah kelab," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Karnival Darulaman Realty dan pelancaran Darulaman Perdana di oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Projek Darulaman Perdana merupakan projek pembangunan hartanah ketiga yang dilaksanakan DRSB selepas Bandar Darulaman di Jitra dan Darulaman Utama Kuala Ketil dekat Baling.

Izham berkata, DRSB yang diasaskan pada 1981 adalah pemaju hartanah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah yang dipertanggungjawab membangunkan Bandar Darulaman di Jitra sebagai Bandar Satelit Alor Setar.

"Setakat ini 80 peratus misi tersebut telah selesai membabitkan pembinaan 5,775 unit kediaman bercampur.

"Pada 1995, DRSB membangunkan bandar Kuala Ketil dan misi itu sempurna dengan pembinaan 2,339 kediaman di Darulaman Utama Kuala Ketil," katanya.

Darulaman Realty

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain