BSN Sumbang 14 Van Jenazah

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Bank Simpanan Nasional (BSN) menyumbang 14 van jenazah untuk 14 masjid di seluruh negara melibatkan perbelanjaan RM1.67 juta tahun ini.

Pengarah BSN negeri Terengganu Albar Tahar berkata kesemua masjid yang menerima sumbangan van jenazah itu dipilih berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengurusan zakat bank itu.

"Sumbangan itu adalah merupakan pelaksanaan fardu kifayah BSN kepada masjid-masjid yang terpilih di seluruh negara sepanjang tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan van jenazah Masjid Gong Kijang/Gong Sentol yang disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong di sini, Sabtu.

Albar berkata BSN sangat menyokong program yang menyumbang kepada pembangunan sosial masyarakat dan penyerahan van itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan melalui peruntukan wang zakat daripada operasi Skim Perbankan Islam (SPI) BSN.

"Kami di BSN bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kewangan kepada segenap lapisan komuniti, tetapi juga komited untuk membantu komuniti dan asnaf-asnaf yang memerlukan bantuan.

"Pengagihan van-van jenazah itu adalah merupakan satu daripada tanggungjawab yang dipraktikkan BSN untuk menyempurnakan fardu kifayah dalam pengurusan jenazah umat Islam," kata Albar.

Beliau berkata BSN menyumbang van jenazah untuk kegunaan masjid di seluruh negara sejak 2010 dan tahun ini merupakan tahun yang kelima program itu dilaksanakan.

Katanya, BSN berharap dapat meneruskan program berkenaan sebagai sebahagian daripada sumbangan yang dapat diberikan kepada masyarakat di negara ini.

Tags / Kata Kunci: BSN

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan