suria

Autodesk Umum US$100 Juta Di Bawah Spark Investment Fund

KUALA LUMPUR: Autodesk Inc akan melabur sehingga US$100 juta (kira-kira RM366 juta) di bawah Spark Investment Fund bagi syarikat-syarikat percetakan 3D untuk beberapa tahun akan datang.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Autodesk berkata dana tersebut akan melabur dalam syarikat permulaan, usahawan, penyelidik, yang menolak sempadan teknologi percetakan 3D dan memacu revolusi industri baharu.

"Pelbagai industri mengiktiraf nilai memanfaatkan usahawan atau syarikat permulaan dengan idea dan pendekatan yang lebih baik, dan 3D tidak terkecuali," kata Naib Presiden/Pengurus Besar, Produk Pelanggan dan Percetakan 3D Autodesk Samir Hanna.

Autodesk berkata syarikat dan individu yang membangunkan perkakasan, perisian, material, pasaran digalakkan memohon menyertai portfolio pelaburan Spark Investment Fund.

Selain pelaburan kewangan, penerima Spark Investment Fund akan menjadi sebahagian daripada program perkongsian Spark dan mempunyai akses kepada pemasaran dan perkhidmatan pembangun lain yang boleh didapati oleh rakan kongsi Spark.


Autodesk Inc

Artikel Sebelum

BSN Sasar Lebih Banyak Ejen Bank

Artikel Lain