Tony Yakin AirAsia X Akan Kembali Untung

Diterbitkan: Khamis, 20 November 2014 11:24 PM

Tony Fernandes

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yakin syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X, yang mencatatkan kerugian tahun ini, akan meraih keuntungan semula pada tahun kewangan 2015.

Dalam usaha untuk mencapai keuntungan berkenaan, Fernandes berkata syarikat penerbangan itu akan mengkaji semula strategi hasil, menambah pendapatan sampingan dan menjalani pengurusan kapasiti.

"Bagi AirAsia X, kebanyakan kerugian datangnya dari Australia, jadi kami akan merasionalisasi sedikit kapasiti dalam pasaran itu dan terdapat sedikit penurunan permintaan dari China selepas kejadian MH370.

"Bagaimanapun, kami melihat permintaan mula kembali dengan permintaan dari China pulih seperti biasa sementara pasaran lain agak baik," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan 'AirAsia Asean Pass' di sini pada Khamis.

Pas berkenaan membolehkan pelancong menggunakan kredit pra-pembelian untuk menempah penerbangan pada kadar tetap bagi laluan terpilih di seluruh Asean.

Fernandes berkata, terdapat peningkatan kepada pendapatan sampingan AirAsia X, memandangkan pendapatan sampingan syarikat induk, AirAsia telah berkembang sebanyak 15 peratus.

"Kami melihat hasil meningkat dengan cepat bagi suku tahun keempat, 2014 adalah tahun yang sukar dan 2015 akan menjadi lebih baik bagi AirAsia X," katanya.

Mengenai langkah untuk menjimatkan kos, beliau berkata syarikat penerbangan itu akan menangguhkan penghantaran pesawat untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang di Malaysia, serta menggabungkan beberapa jabatan AirAsia dan AirAsia X.

"Satu lagi faktor luaran yang memberi manfaat kepada pelan pemulihan kami ialah aliran menurun harga minyak semasa. Bagi lindung nilai bahan api, kami tidak membuat spekulasi, hanya memadankan pendapatan dengan kos kami.

"Kami melindung nilai mengikut tempahan di mana jika kami menjual 50 peratus daripada tempat duduk kami terlebih dahulu, kami akan lindung nilai 50 peratus tiga bulan lebih awal," katanya.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tony Fernandes , AirAsia X , AirAsia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan