suria

Shell Umum Pelaburan Untuk Pembangunan Medan E6

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Petronas Carigali Sdn Bhd baru-baru ini membuat keputusan pelaburan akhir (FID) untuk membangunkan medan E6, di luar pesisir Malaysia.

Ditemui pada 1970, E6 merupakan medan terakhir dibangunkan menerusi Kontrak Perkongsian Pengeluaran SK308.

Shell Malaysia dalam satu kenyataan berkata konsep pembangunan itu memanfaatkan infrastruktur sedia ada dengan melaksanakan pemindahan gas dari E6 ke Platform E8 yang terletak pada jarak 16 km, dan minyak mentah ke D35 yang jauhnya 66km dari situ.

Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia berkata: "Pembangunan medan E6 memperkukuh kedudukan Shell dalam negara.

"Ia akan membolehkan syarikat mengekalkan bekalan gas ke Loji LNG Tiga Malaysia dan mengeluarkan minyak mentah serentak pada 2017."

Shell Malaysia ialah operator E6 dengan 50 peratus ekuiti, dengan baki 50 peratus sahamnya dipegang PETRONAS Carigali.

Shell Malaysia memiliki kepentingan antara 20 peratus hingga 85 peratus ke atas 19 kontrak perkongsian pengeluar di luar pesisir Malaysia.

Shell, Petronas

Artikel Lain