Miti Akan Tingkat Pertumbuhan PKS, Sumbangan KDNK

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan pasaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada 6.3 peratus kepada 9.3 peratus menerusi Pelan Induk PKS 2012-2020.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pelan Induk PKS 2012-2020 menyasarkan untuk menyumbang sekurang-kurangnya 41 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2020 daripada 33 peratus sedia ada.

Beliau berkata, kerajaan akan terus meluaskan opsyen kewangan untuk PKS dengan menyediakan dana dan skim khas sama ada secara langsung atau menerusi Bank Negara Malaysia.

"Saya mahu menegaskan bahawa PKS perlu mengukuhkan kemahiran pengurusan, keupayaan kewangan dan pembelajaran dan memanfaatkan sepenuhnya sokongan yang diberikan oleh kerajaan," katanya pada pelancaran Persidangan ke-27 Persekutuan Institusi Pembekalan Kredit Asia (ACSIC) 2014 dari 16 hingga 21 November di sini, Isnin.

Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Miti, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.

Mustapa berkata, menerusi Bajet 2015, 18 program dengan peruntukan kewangan RM14.3 bilion dicadangkan untuk pembangunan PKS, meliputi sektor perkhidmatan, usahawan Bumiputera, belia, lepasan universiti, perusahaan mikro, peniaga kecil, wanita, pekebun kecil, koperasi dan persatuan perdagangan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata, untuk tahun ini setakat ini CGC menyediakan jaminan pinjaman berjumlah RM2.8 bilion kepada 5,300 PKS dan menyasarkan untuk mengagihkan pinjaman kepada sekurang-kurangnya 300 lagi PKS menjelang akhir tahun.

"Sasaran kami bagi 2015 ialah untuk memberi tumpuan ke atas usaha meningkatkan kredibiliti PKS dengan meningkatkan kedudukan kredit mereka," katanya.

Persidangan empat hari itu bertema 'Sistem Jaminan Kredit: Memperkukuh Budaya Inovasi bagi Meningkatkan Pembangunan Mampan' berlangsung sejak Ahad.

Ia dihadiri 140 perwakilan dari 19 institusi jaminan kredit dari 12 negara Asia iaitu Indonesia, India, Jepun, Korea Selatan, Mongolia, Nepal, Filipina, Papua New Guinea, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, dan tuan rumah Malaysia. Pengerusi CGC, Datuk Agil Natt turut hadir. 


Tags / Kata Kunci: Miti , PKS , KDNK

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan