Untung Pascacukai Suku Ketiga Matrix Concepts Naik Kepada RM58.45 Juta

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan pascacukai Matrix Concepts Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 September 2014 naik kepada RM58.45 juta daripada RM48.74 juta dalam suku sama tahun lepas.

Pendapatan meningkat kepada RM148.82 juta daripada RM127.42 juta sebelum ini antaranya didorong oleh pembayaran berterusan seiring kemajuan projek.

Syarikat pemaju hartanah itu melancarkan dua projek dalam suku ketiga dengan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan berjumlah RM145.5 juta, iaitu projek perumahan bertanah di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dan Taman Seri Impian di Kluang, Johor.

Dengan pelancaran terbaharu itu, GDV keseluruhan projek 2014 ialah RM559 juta dan menurut Pengerusinya Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin, pelancaran baharu tersebut menerima sambutan menggalakkan dengan 30 peratus sudah terjual dalam tempoh beberapa minggu.

"Semua pelancaran baharu kami bagi 2014 mencatat kadar jualan lebih 70 peratus," katanya dalam kenyataan Isnin, sambil menambah syarikat bersedia melancarkan projek baharu dengan GDV RM1 bilion pada 2015 yang dijangka dapat mengekalkan prestasi Matrix Concepts untuk jangka panjang.

Setakat akhir September 2014, nilai projek sedang dilaksana ialah RM1.1 bilion, iaitu di Negeri Sembilan dan Johor manakala nilai jualan belum terima berjumlah RM410.5 juta dan akan diambil kira pada 2016.

Matrix Concepts mengumumkan dividen interim peringkat tunggal 3.75 sen sesaham bagi tahun kewangan 2014 dan akan dibayar pada 15 Januari 2015 berdasarkan rekod pendeposit pada 24 Disember 2014.

Jumlah bayaran dividen keseluruhan kumpulan berjumlah RM49.5 juta bagi tahun kewangan ini iaitu 39.2 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan.

Mohamad Haslah berkata, kumpulan itu kekal optimis terhadap prospek sektor hartanah Seremban berdasarkan pemangkin pertumbuhan jangka panjang dan kedudukannya yang berhampiran Greater Klang Valley.

"Dalam konteks ini, taman perindustrian kami - Sendayan TechCalley (STV)- semakin mengukuh sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Seremban," katanya dan menambah faktor itu turut disokong oleh keputusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd dan Daihatsu Motor Co dari Jepun untuk melabur RM600 juta dan membina kilang enjin mereka di STV, sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap kemudahan yang ditawarkan oleh STV kepada pengilang-pengilang antarabangsa.

Menurutnya setakat ini STV menarik lebih RM4.4 bilion pelaburan langsung asing serta syarikat multinasional dan pembangunan berterusan di Bandar Sri Sendayan akan menjadikan perbandaran itu sebagai hab urban di Seremban. 


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan