suria

Pendaftaran CBP Meningkat Pada November

KUALA LUMPUR: Bilangan syarikat yang sudah mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mencecah 144,286 sehingga 15 Nov, 2014, peningkatan sebanyak 348 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pendaftaran untuk CBP kini melebihi sasaran kerajaan iaitu 140,000 syarikat menjelang akhir tahun.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang masih belum mendaftar mempunyai masa sehingga 31 Dis, 2014 untuk berbuat demikian bagi struktur cukai baharu ini yang

akan dilaksanakan pada 1 April, 2015.
CBP, GST

Artikel Lain