Belgium Tinjau Malaysia Bagi Operasi Pembuatan, R&D, Pengedaran

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

BRUSSELS: Delegasi ekonomi Belgium dengan 300 anggota, diketuai Puteri Astrid, yang melawat di Malaysia bermula 22 hingga 26 Nov lepas, bersedia untuk meneroka peluang-peluang untuk mewujudkan operasi dalam pembuatan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengedaran di Malaysia.

Jeroen Direkx, Pengarah Urusan (Derivatif) Oleon NV, antara syarikat utama Belgium yang menyertai delegasi itu, memberitahu Bernama bahawa syarikat beliau telah lama beroperasi di Malaysia dan yakin dengan peluang yang ada.

Syarikatnya menukarkan minyak sayur-sayuran kepada asid lelemak serta kepada eter. Segmen pasaran terbesarnya ialah sektor minyak pelincir.

"Kami juga aktif dalam bahan kimia medan minyak, sudah bekerjasama dengan Petronas. Oleon juga aktif dalam aplikasi lain seperti industri kecantikan, aditif makanan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata Oleon kini berusaha untuk meningkatkan kehadirannya di Malaysia ke tahap lebih tinggi dengan menubuhkan pusat inovatif global, pusat R&D - dengan pelaburan berjumlah 4.5 juta hingga 5 juta Euro.

"Kami berminat untuk mendirikan pusat R&D kami di Malaysia yang cekap dari segi kos. Operasi Malaysia akan membantu mengurangkan kos operasi kami. Asia merupakan pasaran yang pantas berkembang terutamanya dalam sektor aplikasi.

"Industri kosmetik, sebagai contoh, berbeza antara negara, bergantung kepada cita rasa pengguna. Banyak pelanggan Asia kami boleh mendapatkan khidmat kami dari operasi kami di Malaysia dan Asean," kata Direkx yang mengetuai syarikat di Malaysia.

Pusat R&D yang dicadangkan itu, akan berfungsi sebagai 'satelit' kepada Pusat Inovasi Novance syarikat di Perancis, yang memainkan peranan penting bagi  Sofiprotel, yang memiliki Oleon NV.

Pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) di Frankfurt, yang juga bertanggungjawab terhadap Belgium sebagai sebahagian bidang kuasanya, aktif berusaha membawa Oleon mendirikan pusat R&D di Malaysia.

Sebuah lagi syarikat dalam delegasi berkenaan ialah Lhoist, yang diberikan lesen pembuatan oleh Malaysia pada 2007 untuk mengeluarkan kapur tohor kalsium karbonat dan kapur hidrat.

Lhoist juga diberi kelulusan pada 2013 untuk menubuhkan makmal berteknologi tinggi, pusat pembangunan aplikasi kapur serantau di Perak. Kilang pembersihan sisa toksid turut dirancang di Lembah Klang.

Belgium juga meninjau untuk menjalin kerjasama dalam industri makanan halal dengan mencari syarikat-syarikat Malaysia bagi perkongsian yang memainkan peranan penting dalam bidang ini.

Berikutan jumlah penduduk Islamnya yang bertambah, Belgium membangunkan industri halal bagi memenuhi keperluan berkenaan. Syarikat negara itu dilaporkan berminat untuk bekerjasama dengan Halal Development Corporation bagi tujuan itu.

Selain wakil korporat, delegasi itu juga termasuk Didier Reynders, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah serta Pieter De Crem, Setiausaha Negara Belgium bagi Perdagangan Luar.

Duta Besar Malaysia ke Belgium, Datuk Zainudin Yahya, menyifatkan lawatan berkenaan sebagai inisiatif yang baik oleh kerajaan Belgium.

"Kami gembira delegasi Belgium memilih Malaysia bagi misi ekonominya," kata beliau.

"Belgium dan Malaysia bakal mendapat faedah daripada lawatan ini. Kedua-dua negara boleh merebut peluang yang ada yang boleh membawa manfaat kedua-dua pihak," kata Zainudin.

Beliau berkata Malaysia boleh mendapat faedah daripada kekuatan Belgium dalam bidang seperti sains, teknologi dan lain-lain lagi. 

Tags / Kata Kunci: Belgium , Malaysia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan