suria

Masalah Beg Udara: Honda Malaysia Tarik Balik 15,743 Kereta

Ruang pemeran barangan automatik Takata di Tokyo Jepun.

PETALING JAYA: Honda Malaysia menarik balik sebanyak 15,734 kereta keluarannya, berikutan kematian seorang wanita hamil dalam insiden kemalangan apabila beg udara keluaran Takata tidak berfungsi dengan sempurna.

Sebuah agensi berita melaporkan kemalangan pertama yang berpunca daripada beg udara Takata berlaku di luar Amerika Syarikat pada 27 Julai lalu, namun hanya didedahkan oleh Honda pada Khamis.

Menurut laporan tersebut, terdapat empat kematian yang dikaitkan beg udara Takata di Amerika, termasuk satu di Florida yang disiasat sebagai kes bunuh kerana ada kesan luka di leher.

Manakala kes di Malaysia berlaku melibatkan Honda City keluaran 2003 yang dikilangkan Thailand dan beg udara Takata dipasang di Georgia.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Honda Malaysia, Jordhatt Johan, pengeluar kenderaan auomatik ini menarik balik 15,734 kenderaan di Malaysia.

"Sebanyak 15,612 Honda City keluaran 2003 dan 2004 serta 122 unit Honda Jazz keluaran 2004 ditarik balik," katanya.

Jordhatt berkata, pihak Honda turut simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan insiden ini.

Pada 31 Julai lalu, sebuah akhbar melaporkan mengenai seorang wanita berusia 43 tahun yang hamil meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan di bandar Sibu, Sarawak pada 27 Julai.

Laporan tersebut memberitahu pihak doktor berusaha untuk menyelamatkan kandungannya, namun bayi tersebut meninggal dunia ketika berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimana pun, Jordhatt tidak dapat mengesahkan kejadian itu.

Pengerusi Takata, Shigehisa Takata memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang terlibat dengan insiden kemalangan tersebut.

Manakala cucu kepada pengasas syarikat Honda berusia 81 tahun turut meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

Jelas jurucakapnya, Akemi Ando, Honda telah dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut dan sedang dalam proses menarik balik 170,000 kereta.

Takata juga sudah berbincang isu ini dengan kilang pengeluar di Moses Lake, Washington, Manclova, Mexico dan Amerika Syarikat.

Pada Khamis, Honda turut menarik balik kereta keluaran Fit dan Civic.

Syarikat itu juga akan memanggil semula kira-kira 70,000 unit yang dijual di Jepun dan juga kenderaan di China , Eropah dan pasaran luar negara lain. Tiada kenderaan jenama Honda dipasarkan di Amerika Utara.

Beg udara Takata dikatakan pecah dan mengeluarkan serpihan logam pada penumpang menyebabkan kempen keselamatan terus diadakan oleh pengeluar kenderaan automatik termasuk Toyota Motor Corp dan General Motors Co.

Takata, beg udara, Honda

Artikel Lain