suria

Lebih 70 Peratus PKS Tiada Laman Web

KUALA LUMPUR:Lebih 70 peratus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak memiliki laman web sendiri, kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.
  


"Industri e-dagang di negara ini makin matang di mana 40 peratus sudah melaksanakan urusniaga menerusi dalam talian dengan jangkaan nilai mencecah RM5.6 bilion pada 2015," katanya.

Menurutnya lagi, syarikat PKS yang tidak melibatkan diri dengan urus niaga e-dagang akan kehilangan sejumlah besar pasaran dalam perniagaan dalam talian.

Menjelaskan mengenai potensi perniagaan dalam talian, statistik Persatuan E-Dagang Malaysia menunjukkan, laman web membeli-belah dalam talian China, Tabao mencatatkan transaksi sebanyak 60 bilion bernilai AS$2 bilion (RM6.5 bilion) barangan bagi tempoh sejam pertama pada promosi seharinya, 11 November lalu.

Bagi mewujudkan kesedaran mengenai bidang ini, Pemuda MCA bekerjasama dengan persatuan berkenaan dengan menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara.

Program yang bermula dengan seminar bertajuk "Promosi Pembangunan E-Dagang Di Negara Ini' akan diadakan pada Wisma MCA pada 6 Disember ini.

"Kami akan menjemput usahawan berpengalaman untuk memberi maklumat serta langkah untuk memulakan perniagaan dalam talian, selain pinjaman dan pembiayaan kerajaan yang ditawarkan ketika ini," katanya.

Katanya lagi, lawatan sambil belajar ke syarikat e-dagang terkemuka China iaitu Alibaba, Taobao dan Tmall di China serta mendalami cara terbaik untuk mengendalikan aspek logistik akan diadakan tahun depan.

"Apabila anda memulakan perniagaan dalam talian, lokasi premis bukan aspek utama, tetapi yang utama adalah barangan dapat dihantar kepada pelanggan mengikut jadual," katanya.

Beliau berkata, bagi yang berminat, diminta menghubungi ibu pejabat MCA di talian 03-2203 3888



laman web, PKS, Tmall, Alibaba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain