Kewangan Johor Kukuh Dengan Lebihan Hasil Semasa RM420.22 Juta

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 3:36 PM

Mohamed Khaled Nordin

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Kewangan kerajaan Johor berada pada prestasi kukuh apabila lebihan hasil semasa dalam Akaun Hasil Yang Disatukan sehingga kini pada RM420.22 juta.


Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu dicapai selepas kerajaan negeri menerima hasil berjumlah RM1.319 bilion, manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM899.23 juta, sehingga 10 November lepas.

"Setakat 10 November 2014, prestasi kewangan kerajaan negeri menunjukkan kutipan hasil negeri berjumlah kira-kira RM1.319 bilion atau 123.9 peratus berbanding anggaran asal kutipan bajet 2014 kira-kira RM1.064 bilion.

"Kerajaan negeri juga menjangkakan kutipan hasil sehingga akhir tahun ini berjumlah RM1.5 bilion dengan lebihan semasa 2014 Akaun Hasil Disatukan dianggar berjumlah RM200 juta," kata beliau ketika menjawab soalan Tan Hong Ping (DAP-Mengkibol) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini, Rabu.

Mohamed Khaled (BN-Permas) berkata, dengan jangkaan berkenaan, kerajaan negeri berharap baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan akan meningkat berbanding baki terkumpul pada 31 Disember tahun lalu yang berjumlah RM485.25 juta.

Beliau berkata, dari segi rizab tunai pula, pegangan tunai kerajaan negeri adalah kukuh dengan sebanyak kira-kira RM2.764 bilion berbanding RM1.799 bilion pada 31 Disember tahun lepas.

Katanya, daripada jumlah tersebut, simpanan tetap di bank berjumlah kira-kira RM2.42 bilion manakala bakinya RM343.67 juta adalah baki tunai di bank.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan