Stesen Minyak Johor Jual Diesel Euro 5

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 8:42 PM

Hassan (kiri) di stesen minyak BHP selepas melancarkan Infiniti Euro-5 Diesel di Hentian Rehat Pagoh Arah Selatan, Rabu.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Lebih 3,000 lori yang berdaftar di Malaysia dan membuat perjalanan ke Singapura setiap hari, kini tidak perlu bimbang untuk mematuhi peraturan ketat republik itu berhubung pelepasan asap diesel.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata Johor akan mempunyai stesen minyak bagi menjual diesel gred Euro 5, yang penggunaannya bagi kenderaan dijana diesel dikuatkuasakan oleh Singapura mulai 1 Julai.

"Memahami kesukaran yang dihadapi pemilik dan pemandu lori, kerajaan melalui Majlis Ekonomi telah meluluskan penjualan diesel tersebut, dan Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menjadi pihak pertama berbuat demikian di Johor mulai hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran jenama minyak diesel baharu itu, Infiniti Euro 5 Diesel, di stesen BHPetrol Pagoh Arah Selatan, di KM 135 Lebuhraya Utara Selatan di sini, Rabu.

Selain stesen ini, bahan api tersebut turut boleh didapati di BHPetrol Pagoh Arah Utara, BHPetrol Tebrau 2 dan BHPetrol Pasir Gudang 3.

Tujuh lagi stesen BHPetrol di Johor akan menjual minyak tersebut dalam tempoh dua minggu.

"Diesel Euro 5 baik untuk alam sekitar berikutan kandungan sulfurnya yang rendah iaitu hanya 10 bahagian per juta (ppm) berbanding 500 ppm bagi gred Euro 2M Malaysia ketika ini," kata Hasan.

Beliau berkata, keputusan kerajaan itu membantu pemilik dan pemandu lori Malaysia daripada dikenakan denda oleh pihak berkuasa Singapura, dan pada masa sama memelihara hubungan dagangan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan BHPetrol Tan Kim Thiam berkata Infiniti Euro 5 Diesel itu akan dijual pada harga RM2.30 seliter, naik 10 sen berbanding diesel Euro 2M.

Berdasarkan kualiti diesel itu, beliau yakin rakyat tidak keberatan untuk membayar lebih 10 sen berikutan mereka akan memperoleh banyak penjimatan dari segi penyelenggaraan kenderaan mereka.

Beliau menegaskan bahawa bahan api tersebut hanya akan dijual kepada kenderaan yang berdaftar di Malaysia.

Hasan berkata, pihak berkuasa akan memantau jualan diesel bersubsidi itu, untuk memastikan ia hanya akan memberi manfaat kepada pemilik kenderaan Malaysia.

Beliau berkata, syarikat minyak lain di negara ini yang ingin menjual diesel Euro 5 boleh memohon untuk mendapat kelulusan daripada kementerian, selain tiada sekatan kepada pihak lain untuk terus menjual diesel Euro 2M.


Tags / Kata Kunci: Johor , Euro 5 , diesel

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan