Najib: Bank Penjelasan RMB Pemangkin Pertumbuhan Malaysia-China - Niaga | mStar

Najib: Bank Penjelasan RMB Pemangkin Pertumbuhan Malaysia-China

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 1:21 PM

Najib (kanan) ketika perbincangan dua hala bersama Xi Jinping (kiri) sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Great Hall di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan rasa puas hati beliau terhadap perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pengaturan penjelasan dan penyelesaian RMB antara kedua-dua bank pusat iaitu People's Bank of China dan Bank Negara Malaysia, baru-baru ini.


Bank Penjelasan RMB akan menjadi pemangkin untuk menyokong pertumbuhan pesat perdagangan dua hala, pelaburan dan aliran kewangan antara Malaysia dan Republik Rakyat China.

"Perjumpaan antara saya dengan Presiden Xi Jinping hari ini (Isnin) merupakan satu lagi pengesahan bahawa kedua-dua negara akan terus berusaha mencapai matlamat ini untuk manfaat kedua-dua negara," kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"Seperti yang kita ketahui, kejayaan penubuhan Bank Penjelasan RMB ini adalah rentetan hasil perbincangan antara saya dengan Presiden Xi pada Mei lalu," kata kenyataan itu.

Bank Penjelasan ini akan menjadi komponen strategik dalam sistem dan infrastruktur kewangan Malaysia yang membolehkan pengumpulan mudah tunai RMB dalam jumlah yang besar untuk memenuhi keperluan pembiayaan institusi kewangan dan perniagaan Malaysia.

"Saya yakin institusi kewangan Malaysia akan mendapat memanfaatkan kelebihan ini untuk meneruskan usaha meningkatkan penggunaan RMB bagi memudahkan perdagangan dan pelaburan serantau yang lebih besar dalam rangkaian serantau yang luas dalam Asean.

Dengan itu, kedudukan Malaysia akan bertambah kukuh sebagai pintu masuk untuk RMB mengalir ke rantau Asean.

Najib berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) ke-22 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang bermula Isnin.

AELM yang bertemakan 'Mencorakkan Masa Depan Menerusi Kerjasama Asia Pasifik' akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping.

Pagi Isnin, Najib mengadakan mesyuarat dua hala berasingan dengan Xi, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, C Y Leung dan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Dalam pertemuan Najib dengan Li Keqiang, Najib berkata kerajaan China telah memaklumkan nama bank yang akan dilantik sebagai Bank Penjelasan, dan namanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Difahamkan Bank Negara akan turut mengeluarkan kenyataan mengenai Bank Penjelasan Renminbi/Ringgit yang akan memudahkan perdagangan Malaysia-China, di Kuala Lumpur hari ini.





Tags / Kata Kunci: Bank Negara Malaysia , RMB , Xi Jinping
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan