Permintaan Nanas Malaysia Kukuh, Berpotensi Maju

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 12:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permintaan untuk nanas Malaysia, terutama varieti MD2, sangat tinggi dan dijangka terus berkembang dan diperkukuh oleh inovasi dalam pasaran jus dan buah yang dikupas serta sektor makanan siap.


Pegerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Samsolbari Jamali berkata nanas hibrid MD2, diterima baik oleh pasaran dunia disebabkan profil rasanya yang manis, kandungan vitamin C yang tinggi serta jangka hayat simpanan yang lebih lama.

"Permintaan untuk nanas MD2 dalam pasaran tempatan serta pasaran dunia sangat tinggi dan semakin meningkat," katanya kepada pemberita pada Misi Pemasaran dan Pelaburan Pertanian (AMIM) ke Dubai baru-baru ini.

Samsolbari berkata, permintaan dunia untuk nanas segar diunjur meningkat lima peratus setahun berikutan peningkatan penduduk dan pengunaan.

"Permintaan untuk nanas Malaysia diunjurkan meningkat daripada 350,000 tan metrik setahun pada 2013 kepada 700,000 tan metrik setahun pada 2020," katanya.

Samsolbari berkata, pengeluaran MD2 juga dijangkakan meningkat hampir 70 peratus, daripada 16,875 tan metrik kepada 63,500 tan metrik pada 2016, manakala keluasan tanaman nanas MD2 dijangkakan meningkat daripada 375 hektar pada 2013 kepada 5,000 hektar pada 2020.

Berdasarkan nilainya yang tinggi, kerajaan Malaysia mengkategorikan nanas MD2 sebagai antara tanaman yang akan ditanam secara komersil, katanya.

Beliau berkata, kawasan yang ditanami komoditi itu di Malaysia kini seluas 15,872 hektar, dengan kira-kira 84 peratus produk nanas ini digunakan untuk pasaran segar dalam negara, 10 peratus untuk diproses dan enam peratus lagi di eksport.

Menurutnya, peladangan nanas negara disasarkan seluas 22,589 hektar menjelang 2020.

Singapura dan Timur Tengah merupakan pasaran utama nanas segar, dengan pasaran Singapura menyumbang 75 peratus, diikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebanyak 16 peratus pada 2013, katanya.

Samsolbari berkata, antara pasaran Timur Tengah, UAE merupakan pengimport terbesar nanas Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 64 peratus, diikuti Mesir (18 peratus), Arab Saudi (16 peratus), Jordan (satu peratus) dan Pakistan (satu peratus).

Pada 2013, katanya, Malaysia mengeksport 4,288 tan metrik nanas segar ke pasaran Timur Tengah bernilai RM6.5 juta manakala nanas tin sebanyak 1,545 tan metrik bernilai RM2.7 juta.

Beliau berkata, industri nanas negara berpotensi besar dibangunkan dan diperluas berikutan permintaan tinggi dari pasaran luar.

Samsolbari berkata, semasa AMIM, beberapa pengimport menyatakan kesediaan mereka untuk menambah import berikutan permintaan yang sangat tinggi dan semakin bertambah, terutama bagi varieti MD2.

"Saya harap ini akan memberi semangat dan motivasi kepada penanam untuk melihat nanas sebagai tanaman alternatif dalam usaha pertanian mereka. Semua pihak khususnya kerajaan-kerajaan negeri juga diharap menjadikannya tanaman penting di negeri masing-masing," katanya.

Beliau berkata, penanaman nanas bukan sahaja memberikan pulangan tinggi, malah berisiko rendah untuk dijangkiti penyakit.

LPNM juga memperkenal konsep 'sifar sisa' di mana selain buah dan sulurnya dijual, pokok nanas akan diproses untuk dijadikan makanan ternakan.

Malaysia ialah pengeluar ke-15 terbesar nanas dunia dan mengeksport kira-kira 100 juta tan nanas setahun ke 15 negara, termasuk UAE, Singapura, Jordan dan Korea Selatan.


Tags / Kata Kunci: nanas , LPNM , Samsolbari Jamali , hibrid

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan