Pasar Raya Besar Di Perlis Mampu Tarik Pelanggan Dari Thailand

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perlis berpotensi menarik pelanggan dari negara jiran Thailand untuk berbelanja di pasar raya besar yang akan beroperasi di negeri ini tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Menurutnya pembukaan pasar raya besar di kawasan strategik dijangka bukan sahaja menarik penduduk negara itu yang berjiran dengan Perlis di Padang Besar, Wang Kelian dan Setol, malah penduduk Changlun dan Bukit Kayu Hitam di Kedah.

Justeru, kerajaan negeri akan terus menggalakkan lebih banyak pengendali pasar raya besar membuka perniagaan di Perlis, kata Azlan kepada pemberita selepas melakukan pecah tanah pasar raya Giant Kangar, di sini, Rabu.

Dalam ucapannya Azlan berkata pembukaan pasar raya itu yang dijangka beroperasi September tahun depan, tidak menjejaskan perniagaan peniaga kecil tempatan, malah menyuburkan lagi ekonomi rakyat dan negeri.

Beliau berkata Giant seperti pasar raya besar lain mempunyai segmen dan pelanggan tersendiri, dan oleh itu peniagaan tempatan tidak perlu merasa bimbang akan kehadirannya.

"Saya mahu pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS) di Perlis mengambil peluang ini untuk memasarkan produk mereka melalui rangkaian Giant ke seluruh negara.

"Bagaimanapun untuk produk mereka diterima memasuki Gaint, pengusaha PKS hendaklah berdisiplin dan memberi komitmen menghasilkan produk berkualiti supaya diterima di pasaran global," kata Azlan.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail Malaysia Sdn Bhd (GCH), operator Giant, Tim Ashdown berkata GCH melabur RM48.65 juta untuk membuka Giant Kangar bagi memenuhi keperluan pengguna moden di Perlis.

Katanya selain menawar suasana kemudahan luar biasa di kompleks seluas 87,000 kaki persegi yang mengandungi 32 kedai, kios dan gerai makan, Giant Kangar menyediakan pekerjaan kepada 250 orang.

"GCH berharap terus menjadi pemangkin pertumbuhan keusahawanan dan perniagaan negara dan kami komited membantu kerajaan meningkatkan perdagangan runcit tempatan.

"Sehingga saat ini kami sentiasa menyokong kuat usaha mempromosi produk-produk tempatan, termasuk membantu PKS mengetengahkan produk mereka yang dilakukan melalui kerjasama strategik dan usaha sama dengan agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya.

Beliau berkata GCH akan terus membantu memasarkan produk tempatan di 127 pasar rayanya di seluruh negara, termasuk di rangkaian pasar raya Dairy Farm di seluruh Asia Tenggara.

Sempena majlis itu, Giant memberi sumbangan RM5,000 kepada beberapa sekolah di bawah program 'Love My School' Giant iaitu program Tanggungjawab Sosial Korporat Giant.

Azlan menyerahkan cek sumbangan itu kepada pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Dun Kasa dengan disaksikan Ashdown.


Tags / Kata Kunci: Perlis , Thailand , GCH

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan