Cradle Fund Akan Melabur Sehingga 10 Syarikat Teknologi Baharu

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 4:03 PM

Nazrin Hassan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cradle Fund Sdn Bhd, yang mempunyai dana RM28 juta, akan melabur dalam tiga hingga 10 syarikat teknologi baharu bermula di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Nazrin Hassan.


Daripada RM28 juta, RM16.5 juta adalah daripada rakan kongsi pelaburan dan RM11.5 juta daripada Cradle Fund, katanya.

Cradle Fund pada Khamis menandatangani perjanjian pelaburan bersama dengan empat syarikat iaitu Fatfish Ventures Sdn Bhd, OSK Ventures International Bhd, CoEnt Venture Partners Pte Ltd dan Crystal Horse Investments Pte Ltd.

Perjanjian pertama ditandatangani pada Jun lalu dengan Golden Gate Ventures, yang kini dalam proses mendapatkan beberapa tawaran pelaburan bersama.

Nazrin berkata, perjanjian itu bukan sahaja akan memanfaatkan syarikat baharu itu untuk mendapat dana gabungan lebih besar, tetapi mereka juga akan mendapat gabungan tambah nilai lebih tinggi.

"Apabila kami mendapat peruntukan RM30 juta untuk tahun depan, bersama dengan jumlah dana yang dikumpul melalui rakan kongsi pelaburan bersama, kami akan berupaya membiayai lebih banyak syarikat teknolgi baharu tempatan dan secara berperingkat-peringkat mengurangkan pergantungan kepada pembiayaan kerajaan," katanya pada taklimat media selepas pengumuman pelaburan bersama itu di sini, Khamis.

Empat perjanjian pelaburan bersama yang ditandangani ialah dalam bentuk pelaburan ekuiti yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan beberapa bulan lepas.

Ia sejajar dengan sasaran syarikat untuk menyalurkan 70 peratus daripada peruntukan dana dalam bentuk pelaburan bersama ekuiti dengan 30 peratus lagi dalam bentuk bantuan secara langsung."Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bantuan dan bergerak kepada instrumen pasaran dipacu sektor swasta, seperti instrumen ekuiti atau hutang," katanya.

Nazrin berkata, syarikat itu berharap mempunyai sekurang-kurangnya 20 hingga 30 rakan kongsi menjelang 2017.

Menurutnya, disebabkan syarikat itu menerima permintaan yang stabil di segi permohonan sebulan di antara 30 hingga 80 ke atas kedua-dua produknya, ia perlu memperbesar kumpulan rakan kongsi pelaburan bagi memanfaatkan pelanggannya.

Lau Kin Wai, Ketua Pegawai Eksekutif satu daripada rakan kongsi pelaburan, Fatfish Ventures, berharap syarikat itu akan mencatat pulangan pelaburan di antara 10 hingga 20 peratus sebaik sahaja ia mempunyai syarikat untuk melabur.

Sementara itu, Patrick Yee, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif OSK Ventures International, satu lagi syarikat rakan kongsi, berkata perkongsian hari ini akan membolehkan usahawan baharu mendapatkan pembiayaan dan menubuh syarikat yang merangsang pertumbuhan negara ini.

Sejak 2003, Cradle Fund telah mengeluarkan kira-kira RM180 juta kepada beberapa syarikat tempatan, termasuk MyTeksi dan Intelligent Money dan ia mempunyai kadar pengkomersilan tertinggi pada 59 peratus.

Cradle Fund, agensi di bawah Kementerian Kewangan, menjalankan dua program, iaitu Program Pelaburan untuk membiayai pembangunan dan pengkomersilan idea teknologi dan syarikat serta Program Latihan dan Pertumbuhan, iaitu program dipacu pasaran untuk melatih usahawan. 

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan