Pelaburan RM7 Bilion 1MDB Di Kepulauan Cayman Disalur Ke Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaburan sebanyak RM7 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Kepulauan Cayman telah disalurkan semula ke negara ini.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sehingga kini proses untuk tujuan itu sedang berjalan.

"Baki sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruhannya dijangka diperoleh akhir tahun ini," katanya.

Ahmad berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan pembangkang mengenai kerugian mencecah berbilion ringgit berikutan pelaburan negara ke akaun luar pesisir pantai itu.

Mengenai harga petrol, beliau berkata, setakat ini, tiada perancangan untuk menurunkan harga RON95 dan diesel walaupun harga minyak mentah di pasaran dunia jatuh kerana kerajaan tetap menyediakan subsidi.

"Tahun lalu, kerajaan memperuntukan subsidi sebanyak 24 sen untuk setiap liter RON95.

"Kini dengan penurunan harga minyak mentah dunia, pada Oktober subsidi adalah pada 12 sen seliter.

"Oleh itu, tidak timbul persoalan sama ada kita perlu menurunkan harga petrol atau tidak kerana kita tetap memberi subsidi untuk setiap liter," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat, Khamis.

Terdahulu, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkata, pengguna akan membayar lebih daripada harga pasaran jika harga bahan mentah itu jatuh kurang AS$73 (RM244) setong.


Tags / Kata Kunci: IMDB , Cayman , Datuk Ahmad Maslan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan