Syarikat Milik KKLW Catat Untung RM249 Juta Pada 2013

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Syarikat milik agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mencatat keuntungan bersih hampir sekali ganda pada 2013, sebanyak RM249 juta berbanding RM140 juta pada 2012.

Perolehan pada 2013 pula berjumlah RM2.9 bilion berbanding RM2.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pencapaian yang dianggap antara yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya itu adalah hasil daripada peningkatan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran yang lebih cekap.

KKLW terus berusaha untuk menambah pendapatan 97 syarikat milik kementerian dan sedang merancang untuk meneroka bidang-bidang baharu, katanya.

"Kita tidak mahu syarikat kita hanya bergantung kepada harga pasaran komoditi semata-mata dan apabila harga tersebut jatuh, ia memberi kesan negatif kepada syarikat, dan bantuan perlu diberikan kepada peneroka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan dan Pegawai Kewangan Syarikat-syarikat Milik Agensi KKLW di kementerian berkenaan pada Rabu.

Mohd Shafie berkata secara keseluruhannya entiti terbabit hanya terlibat 20 peratus dalam aktiviti hiliran dan merancang untuk mengadakan kerjasama pintar dengan syarikat luar bagi menambah pendapatan melalui aktiviti hiliran yang bernilai tinggi.

"Kita mempunyai sumber yang banyak, namun kita memerlukan bantuan kepakaran dari luar untuk meningkatkan pendapatan bagi menjamin daya kompetitif dalam bidang ini untuk masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie turut menasihatkan kepimpinan tertinggi syarikat kementerian itu untuk berfikir secara kreatif dan proaktif dalam memajukan syarikat masing-masing.

"Kita mahu syarikat kita memiliki daya saing yang tingi dan tidak hanya bergantung kepada dana yang diberikan oleh kerajaan," katanya.


Tags / Kata Kunci: KKLW

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan