suria

CIMB GIAD Terima Akreditasi ISO 9001:2008

KUALA LUMPUR: CIMB Group's Internal Audit Division (GIAD) menjadi unit audit dalaman institusi perbankan Malaysia pertama menerima pensijilan Sirim QAS International ISO 9001:2008.


Pensijilan itu mencerminkan usaha berterusan GIAD dalam menyampaikan perkhidmatan yang konsisten, cekap dan berkesan kepada pemegang kepentingan mereka, termasuk pengawal selia dan barisan pengurusan Kumpulan CIMB.

Bagi memperoleh pensijilan ISO 9001:2008, sesebuah organisasi perlu menampilkan keupayaannya secara konsisten dalam menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pengawal selia, serta mempertingkat kepuasan pelanggan menerusi aplikasi berkesan dan penambahbaikan sistem yang berterusan.

Bagi mengekalkan akreditasi itu, GIAD tertakluk kepada audit pemantauan untuk dua tahun berturut-turut dan audit pensijilan semula pada tahun ketiga.

GIAD merupakan bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan audit terhadap pengurusan risiko, kawalan dalaman dan proses tadbir urus yang dijalankan pihak pengurusan, dengan CIMB Malaysia, CIMB Niaga, CIMB Singapore, CIMB Thai dan CIMB Cambodia mempunyai ketua audit dalaman masing-masing.

CIMB GIAD, ISO 9001

Artikel Lain